PEMAKLUMAN USAHA KAWALAN DAN PENCEGAHAN DENGGI KAWASAN FAKULTI SEPANJANG CUTI MUSIM PERAYAAN

Berikut disertakan Peringatan dan  Tanggungjawab Warga Kampus dan Fakulti bagi menangani kes Demam Denggi:

1) Kawasan tandas dilihat sebagai tempat yang amat menyumbang kepada pembiakan aedes. Justeru itu, langkah-langkah perlu diambil untuk pastikan semua tangki/ cistern tandas ada penutup dan mempunyai bunjut abate. Penutup lubang tandas perlu dijatuhkan (tutup lapik tempat duduk). Jika terdapat sebarang kerosakan kepada sistem tandas, mohon lapor terus kepada pihak fasiliti dengan kadar segera.

2) Jika pasu bunga mempunyai pelapik, mohon terbalikkan pelapik tersebut dan usahakan agar tiada potensi air bertakung.

3) Pastikan bilik-bilik individu seperti pensyarah tiada takungan air eg pasu bunga, tin minuman/bekas makanan terdedah etc. Bagi Fakulti FiTA, setiap unit rumah mempunyai tandas masing-masing. Perlu pastikan tandas ini ditutup pelapiknya. Rujuk Perkara 1.

4) Perhatikan sebarang kerosakan saluran air yang boleh menyumbang kepada takungan air seperti kawasan penapis air, sinki, lantai koridor yang tidak rata etc . Mohon laporkan kepada Pejabat Pengurusan Fasiliti dengan kadar segera.

5) Pastikan kebersihan keseluruhan kawasan bangunan fakulti seperti tiada bahan projek pelajar yang terdedah, penutup kanvas yang berpotensi menakung air, barang-barang untuk pelupusan yang tidak dikemaskan dengan baik etc.

Adalah menjadi harapan kita semua agar wabak denggi dapat dikekang dengan pantas dan berkesan dengan kerjasama semua pihak warga kampus/fakulti. Semoga setiap khidmat yang diberikan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah.

Sekian, terima kasih.


Perkataan yang paling baik adalah "Allah",

Syair yang paling indah adalah "Adzan",

Buku terbaik terlengkap adalah "Al-Qur'an",

Olahraga paling sihat adalah "Shalat",

Diet paling bagus adalah "Puasa",

Cuci Muka menyegarkan adalah "Wudhu",

Perilaku paling mulia adalah "Memaafkan",

Minal Aidin Walfaizin mohon Maaf Lahir & Batin

Selamat Hari Raya Idul Fitri daripada FAKULTI FILEM, TEATER DAN ANIMASI.

FiTA GONDOL DUA PINGAT EMAS DI EICD 2018

Pensyarah dan staf Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FITA), UiTM Cawangan Selangor (UCS), Kampus Puncak Perdana telah menghantar dua penyertaan ke Pertandingan Rekacipta Educational, Innovation, Creativity and Design (EICD 2018) anjuran Fakulti Pendidikan, UCS Kampus Puncak Alam.

Dalam pertandingan tersebut, kedua-dua penyertaan tersebut telah berjaya memenangi PINGAT EMAS.

Projek     :     2u2i STUDY MODE EXPLAINER VIDEO
Ahli         :     Dr Mohd Syuhaidi Abu Bakar
                     Norhasheila Binti Muharam
                     Nelysa Nurshafira Binti Mohd Roslan
                     Hafizah Rosli
                     Mastura Muhammad
                     Hamzah Mohamed Tahir

Projek     :    The FiTA 2u1i Model : Redeveloping Linkages Between
                    Creativity, Industry and Society.
Ahli         :    Mastura Muhammad
                    Dr Wan Aida Wan Yahaya
                    Mohd Khairulnizam Yaakob
                    Mohd Shariman Mat Sopari

Tahniah diucapkan!

 

Live arts, visualising dreams

Contacts

  Faculty of Film, Theatre & Animation
Puncak Perdana Campus, Universiti Teknologi MARA. 40150, Shah Alam Selangor Darul Ehsan Malaysia
  +603.7962.(ext. 2402/2414/2411/2410/2392)
  +603.7962.2405
  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Keep in Touch