Artikel Harian Metro ini disiarkan pada : Isnin, 1 Jun 2015 @ 10:08 AM 

 

Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Perdana, Selangor akan menganjurkan program Karya One 2015 bermula 10 hingga 13 Jun ini.

 

Pengarah projek merangkap penasihat program, Azroz Mohd berkata, program tahunan kali keempat itu memberi peluang kepada 1,800 siswa mencurah idea dan menjana kreativiti terhadap seni.

 

“Program ini satu landasan untuk mencungkil bakat di kalangan siswa selain melihat sejauh mana kreativiti mereka menghasilkan idea-idea bernas terhadap seni.

“Ia juga mekanisme bagi mengukur kemampuan mereka memahami proses pembelajaran dan pengajaran diajar sepanjang mengikuti pengajian di fakulti ini,” katanya.

 

Antara aktiviti sepanjang program itu ialah tayangan perdana filem Chowrasta, wacana seni, pameran dan malam gala.

Menerusi tayangan filem Chowrasta, FiTA UiTM menyasar memecahkan rekod Malaysia Book of Records penonton teramai dengan sasaran 4,300 orang.

Layari www.karyaone.com untuk maklumat lanjut.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/54892#foto

Live arts, visualising dreams

Contacts

  Faculty of Film, Theatre & Animation
Puncak Perdana Campus, Universiti Teknologi MARA. 40150, Shah Alam Selangor Darul Ehsan Malaysia
  +603.7962.(ext. 2402/2414/2411/2410/2392)
  +603.7962.2405
  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Keep in Touch