KaryaOne Wave Awards yang akan berlangsung pada 27 Mei 2016 bermula jam 8.00 malam merupakan kemuncak program KaryaOne 2016. Secara ringkasnya, ia adalah majlis penganugerahan karya pelajar-pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA).

32 kategori daripada 5 program pengajian FiTA (Animasi, Penulisan Kreatif, Filem, Pengurusan Industri Kreatif; dan Teater) akan bertanding merebut pelbagai gelaran.

Pada majlis ini juga, Ratu Etnik Kreatif Malaysia, Noraniza Idris akan dianugerahkan Anugerah KaryaOne Legend di atas sumbangan beliau terhadap seni budaya, tarian dan irama tradisional di Malaysia. Beliau merupakan penerima pertama anugerah tersebut sejak penganjuran program KaryaOne oleh FiTA.

Datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan suasana dan saksikan sendiri persembahan istimewa daripada Mimi One Nation Emcee, Ushera, Sufian Suhaimi & Johan Eusoff. Tidak dilupakan, penampilan istimewa oleh Daniel Woodroof & Fluffy The Cat.

Mari sama-sama memeriahkan!
DATC, UiTM Shah Alam
27 Mei 2016
Bermula jam 8.00 malam
MASUK ADALAH PERCUMA!

Jangan lupa untuk gunakan Uber ya! Daftar di sini – https://get.uber.com/go/dan gunakan kod promo ‘KaryaOne2016’ bernilai RM15 untuk ke DATC, UiTM Shah Alam dari mana-mana lokasi di Lembah Klang! Hanya sah daripada 24 – 27 Mei 2016. Lekaslah download Uber apps ke phone anda! Takde transport, tak ada masalah! Uber kan ada! (“,).

#karyaone2016 #karyaonefita #karyaonekembali #fita

Live arts, visualising dreams

Contacts

  Faculty of Film, Theatre & Animation
Puncak Perdana Campus, Universiti Teknologi MARA. 40150, Shah Alam Selangor Darul Ehsan Malaysia
  +603.7962.(ext. 2402/2414/2411/2410/2392)
  +603.7962.2405
  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Keep in Touch