konsert-emoji-terkini

Tarikh 1 November 2017, bertempat di Dewan Sri Bestari, Intekma Resort, UiTM Shah Alam telah menyaksikan sidang media Konsert Emoji anjuran Fakulfi Filem, Teater dan Animasi (FITA) yang bakal berlangsung pada 16 & 17 Disember 2017 nanti. 

foto-bersama yusri-kru-anuar-zain

Barisan artis yang bakal menggegarkan konsert terdiri daripada Anuar Zain, Akim and The Majistret, dan KRU serta tidak ketinggalan telah berhimpun bersama menemui wartawan dengan tujuan yang sama untuk mewar-warkan keindahan warna hiburan pada malam konsert nanti. Walaubagaimanapun, Faizal Tahir yang turut juga menggegarkan konsert pada malam itu tidak dapat hadir atas sebab tertentu.


ucapan-dato-dollah
(Sesi ucapan justeru perasmian Sidang Media oleh Dato' Dr. Abdullah)

Tidak ketinggalan juga Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Dato’ Dr Abdullah Mohamad Said,  turut berada memberikan sokongan disamping Dekan fakulti serta beberapa ketua-ketua pengarah projek.

Keriangan yang bakal dikongsi bersama peminat-peminat nanti adalah peluang yang dinanti-nantikan oleh barisan artis. Mari kita bersama-sama menyokong konsert ini disamping menyumbang kepada tabung pendidikan UITM. 



seating-chart-konsert-emoji

Tiket-tiket dengan harga yang amat berpatutan (RM50, 100, 200, 300, 400- VIP seat, 500-VVIP seat) boleh didapati dengan menghubungi 014-6137001, 011-6221 2193 dan 010-831 8328. 

 

 

Live arts, visualising dreams

Contacts

  Faculty of Film, Theatre & Animation
Puncak Perdana Campus, Universiti Teknologi MARA. 40150, Shah Alam Selangor Darul Ehsan Malaysia
  +603.7962.(ext. 2402/2414/2411/2410/2392)
  +603.7962.2405
  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Keep in Touch