‘SUMPAHAN IBLIS’ MENANG PERTANDINGAN PENULISAN NOVEL SERAM FITA

Manuskrip berjudul Sumpahan Iblis tulisan Encik Khairul Aswad Ramli telah dipilih sebagai pemenang tempat pertama Pertandingan Penulisan Novel Seram 2017 anjuran Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA). Beliau menerima hadiah wang tunai sebanyak RM1000, sebuah trofi, sijil penghargaan serta manuskrip beliau akan diterbitkan oleh Dear Novels.

Manakala pemenang hadiah kedua adalah milik Puan Nadiyah Hashim dengan judul manuskripnya, Pendamping. Beliau menerima hadiah wang tunai sebanyak RM800, sebuah trofi, sijil penghargaan serta manuskrip beliau akan diterbitkan oleh Dear Novels. Semua hadiah telah disampaikan pada malam anugerah FITA KaryaOne Awards 2017 pada14 Disember 2017 yang lalu.

Pertandingan Penulisan Novel Seram 2017 dianjurkan FiTA bersama Dear Novels Enterprise, sebuah syarikat penerbitan novel yang diuruskan oleh alumni FiTA, Encik Haironizan Mohd Idris atau lebih dikenali sebagai Rehal Nurharis. Wang hadiah kemenangan pertandingan ini pula telah ditaja oleh Associate Media Network Sdn Bhd, sebuah syarikat penerbitan produksi yang juga diuruskan oleh alumni FiTA, Puan Ain Mustafa.

 

Live arts, visualising dreams

Contacts

  Faculty of Film, Theatre & Animation
Puncak Perdana Campus, Universiti Teknologi MARA. 40150, Shah Alam Selangor Darul Ehsan Malaysia
  +603.7962.(ext. 2402/2414/2411/2410/2392)
  +603.7962.2405
  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Keep in Touch