YBhg. Dato’ /Datin /Prof /Tuan /Puan
UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH DI ATAS KOMITMEN SERTA PENGLIBATAN DALAM MINGGU KARYAONE 2017
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T, Program Minggu Karyaone 2017, anjuran Fakulti Filem, Teater dan Animasi telah berjalan dengan lancar dan sempurna pada 12 – 17 Disember 2017 yang bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam.
Sehubungan dengan itu, saya secara peribadi dan juga mewakili pihak pengurusan fakulti dengan berbesar hati ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga Universiti Teknologi MARA khususnya staf akademik, staf pentadbiran, mahasiswa dan mahasiswi yang terlibat serta Jawatankuasa Pelaksana yang telah bertungkus-lumus menjayakan Minggu Karyaone 2017 ini.
Yakinlah bahawa setiap pekerjaan yang dilakukan dengan perancangan yang rapi, pelaksanaan yang penuh ikhlas dan tanggungjawab serta ketelitian dari sebesar-besar perkara sehinggalah perkara yang paling kecil dengan meletakkan matlamat untuk memelihara reputasi UiTM sebagai matlamatnya, Insya-Allah akan membuahkan hasil yang terbaik buat semua.
Sesungguhnya, segala jasa dan bakti YBhg. Dato’ /Datin /Prof /Tuan /Puan dan saudara–saudari dalam menjayakan majlis ini sangatlah bermakna dan akan dikenang sebagai satu sumbangan yang amat dihargai.
Semoga kerjasama dan sokongan padu seperti ini akan berterusan di masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
“Live Arts, Visualizing Dreams”
Yang benar
DATO’ PROFESOR DR. A. RAZAK HJ. MOHAIDEEN
Dekan