PEMAKLUMAN USAHA KAWALAN DAN PENCEGAHAN DENGGI KAWASAN FAKULTI SEPANJANG CUTI MUSIM PERAYAAN

Berikut disertakan Peringatan dan  Tanggungjawab Warga Kampus dan Fakulti bagi menangani kes Demam Denggi:

1) Kawasan tandas dilihat sebagai tempat yang amat menyumbang kepada pembiakan aedes. Justeru itu, langkah-langkah perlu diambil untuk pastikan semua tangki/ cistern tandas ada penutup dan mempunyai bunjut abate. Penutup lubang tandas perlu dijatuhkan (tutup lapik tempat duduk). Jika terdapat sebarang kerosakan kepada sistem tandas, mohon lapor terus kepada pihak fasiliti dengan kadar segera.

2) Jika pasu bunga mempunyai pelapik, mohon terbalikkan pelapik tersebut dan usahakan agar tiada potensi air bertakung.

3) Pastikan bilik-bilik individu seperti pensyarah tiada takungan air eg pasu bunga, tin minuman/bekas makanan terdedah etc. Bagi Fakulti FiTA, setiap unit rumah mempunyai tandas masing-masing. Perlu pastikan tandas ini ditutup pelapiknya. Rujuk Perkara 1.

4) Perhatikan sebarang kerosakan saluran air yang boleh menyumbang kepada takungan air seperti kawasan penapis air, sinki, lantai koridor yang tidak rata etc . Mohon laporkan kepada Pejabat Pengurusan Fasiliti dengan kadar segera.

5) Pastikan kebersihan keseluruhan kawasan bangunan fakulti seperti tiada bahan projek pelajar yang terdedah, penutup kanvas yang berpotensi menakung air, barang-barang untuk pelupusan yang tidak dikemaskan dengan baik etc.

Adalah menjadi harapan kita semua agar wabak denggi dapat dikekang dengan pantas dan berkesan dengan kerjasama semua pihak warga kampus/fakulti. Semoga setiap khidmat yang diberikan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah.

Sekian, terima kasih.

Live arts, visualising dreams

Contacts

  Faculty of Film, Theatre & Animation
Puncak Perdana Campus, Universiti Teknologi MARA. 40150, Shah Alam Selangor Darul Ehsan Malaysia
  +603.7962.(ext. 2402/2414/2411/2410/2392)
  +603.7962.2405
  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Keep in Touch