Subang Jaya, 12-13 Mei - Jabatan Animasi, Fakulti Filem Teater dan Animasi (FITA) sekali lagi telah dijemput untuk menyertai karnival Anifest Malaysia 2018 bertempat di Summit,USJ yang merupakan acara tahunan yang dijalankan oleh Persatuan Animasi Malaysia (ANIMAS) sejak tahun 2015. Karnival Anifest Malaysia ini merupakan salah satu platform untuk mempromosikan naskah dan karya animasi serta kartun tempatan yang sedia ada di Malaysia di samping untuk memurnikan kelestarian animasi Malaysia ke pasaran global. Pelbagai acara telah dijalankan sepanjang karnival berlangsung seperti Doodle battle, Mini Coswalk, Borak-Borak bersama kartunis terkenal seperti SIREH, IMUDA,PAK HASSAN dan lain-lain lagi. Jabatan Animasi dari Fita amat berbesar hati berpeluang menyertai karnival Anifest Malaysia 2018.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan FITA yang diketuai oleh Cik Aimi Nabila Anizaim bersama Puan Nelysa Nurshafira Mohd Roslan dan Encik Asrul Hafiz Huliman Hami Ahmad di atas penerimaan anugerah ‘ʼBronze Award - Novice Inventorsʼʼ di UiTM Cawangan Perlis bersempena pertandingan i-IDEA2018 - The 4th International Innovation, Design and Articulation yang telah diadakan pada 23-25 April 2018.

Live arts, visualising dreams

Contacts

  Faculty of Film, Theatre & Animation
Puncak Perdana Campus, Universiti Teknologi MARA. 40150, Shah Alam Selangor Darul Ehsan Malaysia
  +603.7962.(ext. 2402/2414/2411/2410/2392)
  +603.7962.2405
  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Keep in Touch