JABATAN ANIMASI

Animasi merupakan proses menghasilkan ilusi pergerakan melalui pemaparan imej bergerak yang pantas. Seniman yang khusus dalam menghasilkan animasi pula dikenali sebagai animator. Animasi boleh direkodkan sama ada menerusi media analog, flip book atau media digital yang boleh dihasilkan dalam format GIF, Flash, dan video digital. Antara teknologi animasi yang diguna pakai di seluruh dunia pada hari ini termasuklah animasi 2D, animasi 3D, animasi gerak-pegun, imej janaan komputer (CGI), motion capture, selain aplikasi media digital dan media baharu.

PELUANG PEKERJAAN

Animator, pereka latar belakang, pereka konsep animasi, penulis skrip animasi, pelakon suara animasi, pereka watak animasi, pereka kesan visual, pengarah animasi, penerbit animasi. Bidang-bidang yang berkaitan dengan produksi animasi adalah sebagai animator, pelukis karakter, pakar bidang animasi 2D,3D dan juga gerak-pegun.

  • E2125 / FF115 : DIPLOMA ANIMASI

    Tempoh Pengajian: 5 Semester (2½ tahun) Diploma Animasi mendedahkan pelajar kepada asas-asas produksi animasi menerusi penciptaan watak, latar belakang, dan jalan cerita animasi 2D, 3D dan gerak-pegun. Antara kursus-kursus yang ditawarkan adalah Lukisan Figura, Ilustrasi Animasi, Asas Rekabentuk, Sejarah Animasi, Rekabentuk Kartun dan Watak, Cerita dan Papan Cerita Animasi, Animasi Gerak-Pegun, Mekanik Pergerakan, Asas animasi 2D, Asas Animasi 3D.
  • EA81 / FF238 : SARJANA MUDA ANIMASI (KEPUJIAN) PRODUKSI ANIMASI 2D

    Tempoh Pengajian: 6 Semester (3 tahun) Program Sarjana Muda Animasi (Kepujian) Produksi Animasi 2D memberikan fokus kepada produksi animasi 2D melalui lukisan-lukisan animasi 2D serta disokong dengan fasiliti-fasiliti seperti studio lukisan dan makmal komputer 2D, berserta perisian-perisian mengikut standard industri masa kini. Antara kursus-kursus yang ditawarkan adalah Lukisan Animasi, Prinsip Animasi 2D, Penlisan dan Penceritaan Animasi, Idea dan Konsep Animasi, Rekabentuk Latar Digital, Rekabentuk Watak 2D, Animasi 2D Lanjutan: Kesan Visual, Produksi Animasi 2D, Eksperimentasi Animasi.
  • EA82 / FF239 : SARJANA MUDA ANIMASI (KEPUJIAN) PRODUKSI ANIMASI 3D

    Tempoh Pengajian: 6 Semester (3 tahun) Program Sarjana Muda Animasi (Kepujian) Produksi Animasi 3D mendedahkan pelajar kepada proses produksi animasi 3D secara intensif dengan penciptaan watak-watak animasi 3D berasaskan skrip, jalan cerita, rekaan papan cerita, latar belakang, idea dan konsep, serta pengetahuan Prinsip-prinsip Animasi yang disokong dengan fasiliti seperti makmal komputer 3D berserta perisian-perisian animasi 3D terkini. Antara kursus-kursus yang ditawarkan adalah Sejarah Seni, Lukisan Animasi, Sejarah Animasi dan Teknologi, Prinsip Animasi 3D, Animasi 3D I, Lakonan untuk Animasi, Produksi Animasi, Kesan Visual Digital, Projek Portfolio.
  • 1

Animation News

Karnival Anifest Malaysia 20...

2018-05-15
Karnival Anifest Malaysia 2018

Subang Jaya, 12-13 Mei - Jabatan Animasi, Fakulti Filem Teater dan Animasi (FITA) sekali lagi telah dijemput u...

‘ʼBronze Award - Novice Inve...

2018-05-15
‘ʼBronze Award - Novice Inventorsʼʼ i-IDEA2018

  Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan FITA yang diketuai oleh Cik Aimi Nabila Anizaim bersama Puan Ne...

Tayangan Filem Animasi Battl...

2017-11-13
Tayangan Filem Animasi Battle of Surabaya di DATC!

Fakulti Filem, Teater Animasi dan MSV Studio menjemput anda semua ke sesi Tayangan Filem Battle of Surabaya ...

Pemenang Silver Medal I-IDEA...

2016-05-19
Pemenang Silver Medal I-IDEA 2016 bagi kategori “Novice Inventors”

Tanniah kepada Puan Hafizah Rosli, Puan Siti Hajar Aznam dan Encik Asrul Hafiz Huliman atas penerimaan anuge...

Tanniah! Tempat ke-3 Pertand...

2015-09-23
Tanniah! Tempat ke-3 Pertandingan Masmed 1000 Pitching Peringkat Kampus Puncak Perdana & Puncak Alam

Team animasi telah memenangi tempat ketiga bagi pertandingan MASMED 1000 Pitching peringkat UiTM Kampus Punc...

Tahniah Team FiTA – Pemenang...

2015-05-18
Tahniah Team FiTA – Pemenang Silver Medal RIID2014 bagi kategori “Professional Invention Category”.

Pemenang Silver Medal RIID2014 bagi kategori “Professional Invention Category”Puan Siti Hajar Aznam, Puan Ha...

Majlis Perasmian Program Ani...

2015-05-18
Majlis Perasmian Program Animasi @ Besut

Sesi Penyerahan Sijil Kolaborasi Strategik oleh YB Menteri Pendidikan II kepada wakil FiTA oleh: Siti Hajar...

«
»
Live arts, visualising dreams

Contacts

  Faculty of Film, Theatre & Animation
Puncak Perdana Campus, Universiti Teknologi MARA. 40150, Shah Alam Selangor Darul Ehsan Malaysia
  +603.7962.(ext. 2402/2414/2411/2410/2392)
  +603.7962.2405
  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Keep in Touch