JABATAN PENGURUSAN INDUSTRI KREATIF

Pengurusan Industri Kreatif merupakan satu bidang yang menjurus kepada pengurusan acara-acara yang berbentuk seni. Keunikannya terletak kepada kemampuannya mengaplikasikan bidang seni persembahan lain sebagai landasan untuk memberi pendedahan kerjaya sebenar dalam melahirkan pengurus yang berkemahiran, cekap dan inovatif.

PELUANG PEKERJAAN

Antara peluang pekerjaan yang menanti: Pengurus Produksi Persembahan, Pengurus Produksi Filem, Pengurus Pentas, Pengurus Acara, Pegawai Kebudayaan, Kurator Muzium dan Usahawan Muda dalam bidang seni kreatif. Bidang-bidang lain termasuklah kerjaya yang berkaitan dengan Produksi Teater

  • E2128 / FF114: DIPLOMA PENGURUSAN SENI

    Tempoh Pengajian: 5 Semester (2.5 tahun) Diploma Pengurusan Seni memberikan pendedahan teori dan praktis dalam pengurusan artistik kepada pelajarnya di mana mereka akan didedahkan kepada penggunaan teknologi terkini dan kelengkapan yang sesuai dengan kehendak kerjaya masa kini. Antara kursus-kursus yang ditawarkan: Asas Pengurusan, Asas Pemasaran, Asas Produksi Pengurusan Filem, Gaya Persembahan Pentas, Harta Intelek Industri Kreatif, Pencerakinan Skrip, Promosi & Publisiti, Pengurusan Kreatif Gunaan, Pengurusan Pameran dan Pengurusan Produksi Pentas.
  • EA87 / FF236: SARJANA MUDA PENGURUSAN INDUSTRI KREATIF (KEPUJIAN) PENGURUSAN SENI

    Tempoh Pengajian: 6 Semester (3 tahun) Program yang komprensif ini mendedahkan pelajar kepada teori dan praktis pengurusan industri kreatif, di mana mereka akan dididik ke arah mengaplikasikan pemikiran kritis yang dapat mencetuskan idea kreatif yang setara dengan sifat ilmiahnya. Antara kursus-kursus yang ditawarkan: Asas Pengurusan Industri Kreatif, Pengurusan Sumber Manusia, Harta Intelek Industri Kreatif, Pengurusan Kewangan Produk Seni, Perundangan Produksi Industri Kreatif, Pengurusan Pameran Produk Seni, Asas Pemasaran Produk Seni, Pengurusan Produksi Pentas, Pengurusan Acara Seni dan Pengurusan Tajaan Industri Kreatif.
  • EA86 / FF237: SARJANA MUDA PENGURUSAN INDUSTRI KREATIF (KEPUJIAN) PRODUKSI FILEM

    Tempoh Pengajian: 6 Semester (3 tahun) Program pengurusan komprehensif yang lebih mengkhusus kepada Produksi Filem, di mana para pelajar akan didedahkan terhadap perancangan dan pengurusan berdasarkan teori dan praktikal sebagai persediaan untuk menghadapi alam kerjaya perfileman yang kian mencabar. Antara kursus-kursus yang ditawarkan: Asas Pengurusan Produksi Filem, Pengurusan Sumber Manusia Produk Seni, Asas Pemasaran Produk Seni, Pengurusan Penerbitan Filem, Perundangan Produksi Industri Kreatif, Pengurusan Kewangan Produksi Filem, Perhubungan Awam Industri Kreatif, Pengurusan Tajaan Industri Kreatif, Iklan dan Promosi Filem, Pemameran & Pengedaran Filem.
  • 1

Management News

Zumba® Master Class NEON FIT...

2018-11-22
Zumba® Master Class NEON FIT PARTY sempena Minggu KaryaONE 21

Zumba® Master Class NEON FIT PARTY kembali lagi! Tahun ini, dianjurkan oleh Fakulti Filem, Teater dan Animas...

TEATER KANAK-KANAK ANAK KAMB...

2018-11-22
TEATER KANAK-KANAK ANAK KAMBING SAYA

  Mencari aktiviti buat anak-anak sempena cuti sekolah ini?🏫🤗Tiada aktiviti menarik nak dilakukan?🎭Bosan du...

FiTA PRENUER 2018

2018-05-16
FiTA PRENUER 2018

Get excited for our upcoming event in May 2018! FiTA Preneur '18 brings you the best brands foods for your I...

NEON PUNCAK FIT PARTY - Keep...

2017-11-15
NEON PUNCAK FIT PARTY - Keep Fit with Zumba

Mari kita bersuka ria sambil bersenam pada 25hb November 2017 (Sabtu), jam 4pm - 6pm di Ruang Eksperimental Fi...

Promosi Filem 3 Sekuriti | F...

2017-05-02
Promosi Filem 3 Sekuriti | FiTA WEEK 2017

MALAM PROMOSI FILEM ‘3 SUKURITI’ Shah Alam, Selangor – FiTA Week 2017, acara tahunan Fakulti Filem Teater d...

STRONG by Zumba™ | FiTA WEEK...

2017-05-02
STRONG by Zumba™ | FiTA WEEK 2017

Are you STRONG enough? Come join these three amazing STRONG by Zumba™ instructors from Shah Alam for one hou...

Teater Kanak - Kanak Puteri ...

2017-05-02
Teater Kanak - Kanak Puteri Nyamuk | FiTA WEEK

Projek mega pementasan Teater Kanak-Kanak : Puteri Nyamuk sudah semakin hampir. Jadi, kepada anda yang ingin...

TEATER KERIKIL - RENANGI PER...

2017-03-03
TEATER KERIKIL - RENANGI PERJUANGAN MENGEJAR SEGULUNG IJAZAH

Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) bakal menyingkap kisah kehidu...

Pementasan Teater Mahsuri

2016-09-23
Pementasan Teater Mahsuri

Pementasan Teater Mahsuri23 September hingga 25 september 2016Dewan Serbaguna UiTM Cawangan Selangor, Kampus P...

MAJLIS BERBUKA PUASA MENGUKU...

2016-07-05
MAJLIS BERBUKA PUASA MENGUKUHKAN IKATAN UKHUWAH PENSYARAH BERSAMA PELAJAR PENGURUSAN INDUSTRI KREATIF FiTA

MAJLIS BERBUKA PUASA MENGUKUHKAN IKATAN UKHUWAH PENSYARAH BERSAMA PELAJAR PENGURUSAN INDUSTRI KREATIF FiTA ...

Program Amal Pusat Jagaan Ca...

2016-06-15
Program Amal Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari, Subang

  ' SENYUM TERUKIR DI WAJAH ANAK-ANAK SYURGA BERSAMA PELAJAR FiTA   Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa...

LAWATAN AKADEMIK: BANK NEGAR...

2016-05-16
LAWATAN AKADEMIK:	BANK NEGARA MALAYSIA, MUSEUM, ART GALLERY AND KNOWLEDGE MANAGEMENT CENTRE

LAWATAN AKADEMIK:BANK NEGARA MALAYSIA, MUSEUM, ART GALLERY AND KNOWLEDGE MANAGEMENT CENTRE   Kuala Lumpu...

FiTAPRENUER'16 melahirkan Us...

2016-04-06
FiTAPRENUER'16 melahirkan Usahawan Seni Muda

Kumpulan Penganjur FiTAPRENUER'16 - Pelajar akhir semester 5 Diploma Pengurusan Industri Kreatif FiTA Prene...

Muzikal Teater Uda dan Dara ...

2015-09-09
Muzikal Teater Uda dan Dara | Diploma Art Showcase 2015

Seluruh warga UiTM dijemput hadir menyaksikan Muzikal Teater Uda dan Dara (MUDaRa) dan bersama-sama mengapre...

Majlis Makan Malam bersama P...

2015-04-01
Majlis Makan Malam bersama Penasihat Akademik Jabatan Pengurusan

Penyampaian kata aluan oleh Dekan FiTA Y.Bhg. Dato' Prof. A. Razak Mohaideen Oleh: Luqmanurhalim Zainor Rasid...

Diploma Art Showcase 2015

2015-02-28
Diploma Art Showcase 2015

Assalammualaikum dan salam sejahtera! Berita Gembira! Kami pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi dari UiT...

Semangat Kemerdekaan Terserl...

2015-01-02
Semangat Kemerdekaan Terserlah dalam Team Building Pengurusan Industri Kreatif, FITA

Shah Alam – Tanggal 30 ogos, bertempat di Kalumpang Resort Training Centre, Program Pengurusan Industri Krea...

«
»
Live arts, visualising dreams

Contacts

  Faculty of Film, Theatre & Animation
Puncak Perdana Campus, Universiti Teknologi MARA. 40150, Shah Alam Selangor Darul Ehsan Malaysia
  +603.7962.(ext. 2402/2414/2411/2410/2392)
  +603.7962.2405
  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Keep in Touch