Shah Alam – Tanggal 30 ogos, bertempat di Kalumpang Resort Training Centre, Program Pengurusan Industri Kreatif, Fakulti Filem, Teater dan Animasi, UiTM telah mengadakan satu program Team Building, melibatkan para pelajar diplomanya yang terdiri daripada Semester 1 sehingga 5, dan diiring oleh tenaga pensyarah Pengurusan Industri Kreatif.

Objektif utama Team Building ini adalah untuk mewujudkan hubungan yang harmoni, memupuk semangat kerja berpasukan serta menyemai kesefahaman, bersatu hati di samping mengukuhkan jati diri dan meningkatkan motivasi di kalangan para pelajar bagi melengkapkan diri kearah menjadi pelajar yang berjaya dan rakyat yang berjasa. Program yang berlangsung selama sehari membawa kepada malam menjelang sambutan kemerdekaan negara yang ke-57 ini bermula dengan sesi suaikenal dan aktiviti-aktiviti sukaneka berpasukan. Suasana penuh meriah dan ceria hinggakan cuaca panas sekali pun tidak menghalang setiap pasukan untuk melakukan yang terbaik bagi pasukan masing-masing. Antara aktiviti yang paling menarik perhatian ialah Fear-Factor untuk mereka yang berani mencuba bagi mengatasi perasaan takut.

Menurut Ketua Kursus Program Pengurusan Seni Kreatif, Puan Aminah Rhapor, “selain berjaya mencapai objektif utamanya, Team Building ini juga berjaya menyuntik semangat cintakan negara, di mana jika dilihat pada masa kini ramai generasi muda kita bukan sahaja kurang memahami malah kurang menyedari dan menghargai kemerdekaan yang kita capai selama ini. Jadi, sempena dengan sambutan kemerdekaan yang ke-57 ini, para pelajar telah ditugaskan untuk membuat persembahan bersempena dengan tema hari kemerdekaan – ‘Di sini Lahirnya Sebuah Cinta’.

Hubungan di kalangan para pelajar pada hari ini perlu diperbaiki, apatah lagi untuk saling bantu membantu antara satu sama lain. Melalui program Team Building ini kita lihat mereka bersatu hati, saling bekerjasama sekaligus menjalinkan hubungan yang harmoni, ini adalah satu nilai murni yang cukup positif
Ybhg. Dato' Prof. A. Razak Mohaideen, Dekan FiTA
Kemuncak program ini ialah persembahan kemerdekaan oleh para pelajar yang diadakan pada sebelah malam. Pelbagai sembahan menarik dari ‘dikir barat’ kepada ‘lagu dan puisi’ telah mengungkapkan semangat kemerdekaan dengan cara tersendiri. Untuk lebih menyeronokkan setiap persembahan berkumpulan diberikan markah dan kumpulan ‘dikir barat’ telah berjaya memenangi tempat pertama. Majlis berakhir dengan laungan ‘Merdeka’ sebanyak tiga kali oleh semua pelajar dan pensyarah yang hadir. Sebelum bertolak pulang, keseronokan dan keceriaan jelas terpancar di wajah setiap peserta walaupun seharian kepenatan dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan.

Live arts, visualising dreams

Contacts

  Faculty of Film, Theatre & Animation
Puncak Perdana Campus, Universiti Teknologi MARA. 40150, Shah Alam Selangor Darul Ehsan Malaysia
  +603.7962.(ext. 2402/2414/2411/2410/2392)
  +603.7962.2405
  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Keep in Touch