Kumpulan Penganjur FiTAPRENUER'16 - Pelajar akhir semester 5 Diploma Pengurusan Industri Kreatif

FiTA Preneur ’16 merupakan sebuah program anjuran pelajar-pelajar Diploma Semester 5, Program Pengurusan Industri Kreatif, Fakulti Filem Teater dan Animasi (FiTA), UiTM Puncak Perdana. FiTA Preneur ’16 telah diadakan pada 8 Mac 2016 sehingga 13 Mac 2016 bertempat di Fakulti Filem, Teater dan Animasi, UiTM Puncak Perdana. FiTA Preneur ’16 bertemakan “Keusahawanan” iaitu selari dengan kehendak Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk mendidik dan melahirkan usahawan-usahawan muda yang berjaya dan bijak serta berdaya saing.

Penglibatan kesemua jabatan dalam fakulti iaitu Skrin, Teater, Animasi, Penulisan Kreatif dan Pengurusan membolehkan FiTA Preneur ‘16 menganjurkan perlbagai aktiviti menarik yang berbeza. Antaranya ialah Karnival FiTA Preneur ’16, “Words of Expression”, Wacana Seni, High-Tea Mentor Mentee, “FiTA Got Talent”, Konsert Generasi Muzik dan Pementasan Teater.

FiTAPRENUER’16 disambut positif oleh pihak luar terutamanya dari penduduk setempat yang melawat. Pihak media seperti Kosmo! dan Selamat pagi Malaysia juga memberikan liputan meluas dan memberangsangkan sebelum dan selepas acara ini. Peniaga-peniaga yang terlibat juga memberikan maklum balas yang baik terutamanya pelajar yang membantu selaku mentee kepada peniaga. Pengunjung amat berpuas hati dengan gerai – gerai yang dibuka. Mereka berharap aktiviti sedemikian dapat kerap dilakukan.

Oleh Nur Atikah (Pengurus Acara FiTA Prenuer'16)

Seliaan oleh En.Azroz Mohd

Live arts, visualising dreams

Contacts

  Faculty of Film, Theatre & Animation
Puncak Perdana Campus, Universiti Teknologi MARA. 40150, Shah Alam Selangor Darul Ehsan Malaysia
  +603.7962.(ext. 2402/2414/2411/2410/2392)
  +603.7962.2405
  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Keep in Touch