LAWATAN AKADEMIK:BANK NEGARA MALAYSIA, MUSEUM, ART GALLERY AND KNOWLEDGE MANAGEMENT CENTRE

 

Kuala Lumpur – Keterujaan pelajar Program Pengurusan Industri Kreatif (FF226), Fakulti Filem, Teater & Animasi dapat dilihat ketika berlangsungnya lawatan akademik di “Bank Negara Malaysia, Art Gallery and Konwledge Management Centre” yang bertempat di Sasana Kijang baru-baru ini. Lawatan yang diadakan pada 19 April 2016 ini dibuat demi memenuhi keperluan subjek CTM633 Pengurusan Koleksi. Tujuan utama para pelajar pergi ke bangunan yang berdiri megah ini adalah untuk meluaskan pengetahuan mengenai koleksi yang terdapat di situ, cara penjagaan serta pemulihan wang kertas dan syiling. Selain itu, lawatan ini juga memberi pendedahan mengenai polisi dan pengurusan kewangan.

Bank Negara “Museum and Art Gallery” ditubuhkan adalah untuk memberi peluang pengetahuan kepada orang awam secara informal disamping itu turut memberi peluang untuk mengenali dan mempelajari mengenai kepentingan ekonomi, perbankan islam dan perancangan kewangan bersama-sama Bank Negara yang memainkan peranan penting dalam membina kefahaman melalui transformasi polisi ekonomi pada masa akan datang. Galeri seni yang berada di tingkat 3 memaparkan koleksi-koleksi seni yang telah dibeli oleh Bank Negara dari Bumi Asia Tenggara dan Malaysia yang telah diperoleh sejak tahun 1962. Para pelajar dibawa berjalan dan melihat keseluruhan muzium Bank Negara tersebut dan program ini juga dikendalikan oleh pihak galeri Bank Negara iaitu Encik Nashruddin Azman dan Puan Julina Tajul Ariffin sebagai pensyarah pengiring.

Secara keseluruhannya, pengendalian lawatan kali ini banyak memberi maklumat dan ilmu baru kepada para pelajar, seterusnya menambah pemahaman yang lebih lanjut dari pembelajaran di dalam kelas Pengurusan Koleksi

Live arts, visualising dreams

Contacts

  Faculty of Film, Theatre & Animation
Puncak Perdana Campus, Universiti Teknologi MARA. 40150, Shah Alam Selangor Darul Ehsan Malaysia
  +603.7962.(ext. 2402/2414/2411/2410/2392)
  +603.7962.2405
  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Keep in Touch