'

Lawatan-rumah-amal-kasih-bestari-kg-melayu-subang-fita

SENYUM TERUKIR DI WAJAH ANAK-ANAK SYURGA BERSAMA PELAJAR FiTA

 

Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Barang siapa membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT,
maka baginya kebaikan kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap.
Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki,
maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini,
Rasulullah SAW mengisyaratkan mereng- gangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.”
(Hadis riwayat Ahmad)


Atas dasar penuh keperihatinan dan tanggungjawab, seramai 67 orang pelajar di bawah subjek Public Relations in Creative Industry telah memilih untuk melakukan kerja-kerja amal dan melibatkan anak-anak yatim di Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari, Kg Melayu Subang baru-baru ini sebagai sebahagian daripada projek subjek berkenaan.Pusat jagaan ini menampung kehidupan 25 orang anak yatim, miskin dan golongan asnaf zakat.

 

Lawatan-rumah-amal-kasih-bestari-kg-melayu-subang-fita1 

Di dalam program ini, pelajar memilih tagline ‘We Care We Love’ yang menyatakan kepekaan dan memupuk kesedaran dalam masyarakat. Program ini adalah di kelolakan seratus peratus oleh pelajar dengan dinasihati oleh pensyarah mereka, Puan Julina Binti Tajul Ariffin.
Lawatan-rumah-amal-kasih-bestari-kg-melayu-subang-fita6

Lawatan-rumah-amal-kasih-bestari-kg-melayu-subang-fita2

Program amal ini berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga jam 2.00 petang. Setiap pelajar FiTA telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk memastikan kelancaran program. Pelbagai aktiviti yang diraikan oleh pelajar FiTA bersama anak-anak yatim seperti gotong-royong, pertandingan mewarna, perkongsian bakat nyanyian dan tarian di rumah amal tersebut.
Lawatan-rumah-amal-kasih-bestari-kg-melayu-subang-fita5

Apa yang membanggakan adalah sumbangan dan kerjasama yang baik diperolehi daripada orang ramai terhadap program ini amat memberansangkan. Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari menerima sumbangan daripada fakulti berbentuk wang tunai dan keperluan asas bertujuan meringankan beban pihak pengurusan rumah amal. Dalam program ini juga, pihak Yakult, Cafe DulangMas dan Canggih Shoppe telah turut berbesar hati memberikan sumbangan bersama.

Pn-Julina-pensyarah

            Menerusi program ini juga, pelajar-pelajar FiTA memperoleh pelbagai pengalaman serta memahami tanggungjawab sebagai salah seorang anggota masyarakat prihatin dan mempunyai kesedaran serta keinsafan terhadap golongan yang hidup dalam kedaifan. Dengan mengaplikasikan teori-teori Perhubungan Awam yang dipelajari di dalam kelas, program terdedah sepenuhnya dengan apa yang dikatakan amalan perhubungan awam di dalam sebuah organisasi.


Disediakan oleh :
Ilya Insyirah Binti Mohd Isa (2013144613)
FF223 SKRIN
CTM563 Public Relation in Creative Industry
Pensyarah : Puan Julina Binti Tajul Ariffin

Live arts, visualising dreams

Contacts

  Faculty of Film, Theatre & Animation
Puncak Perdana Campus, Universiti Teknologi MARA. 40150, Shah Alam Selangor Darul Ehsan Malaysia
  +603.7962.(ext. 2402/2414/2411/2410/2392)
  +603.7962.2405
  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Keep in Touch