MAJLIS BERBUKA PUASA MENGUKUHKAN IKATAN UKHUWAH PENSYARAH BERSAMA PELAJAR PENGURUSAN INDUSTRI KREATIF FiTA

“Ukhuwah itu bagai seutas tasbih, ada awal tiada penghujungnya”



Sepanjang bulan Ramadhan, para pelajar di Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) berjauhan dari keluarga. Debaran Hari Raya Aidilfitri pula semakin dirasai. Perasaan rindu untuk balik ke kampung masing-masing   sangat dirasakan. Walaupun begitu, tanggungjawab menuntut ilmu diutamakan kerana menuntut ilmu umpama berjuang di jalan Allah S.W.T.

Para pensyarah ibarat ibubapa di fakulti telah membina sebuah keluarga besar dengan ikatan ukhuwah menerusi program Majlis Berbuka Puasa bersama 225 orang pelajar semestar 1 sehingga 5 Diploma Program Pengurusan Industri Kreatif pada 29 Ramadhan 1437 di Laman Pengurusan Industri Kreatif.

Buat julung-julung kalinya, program ini dianjurkan oleh 52 orang pelajar Pengurusan Industri Kreatif semester 2 di bawah subjek CTM162 Pengurusan Teater dan Filem yang diselia oleh Pn Hartini Kassim. Apa yang lebih mencabar, para pelajar berusaha menganjurkan majlis ini dalam tempoh 3 minggu sahaja.

Keluarga-Pengurusan-Industri-Kreatif-fita

Majlis ini berjalan dengan lancar dan meriah. Para pensyarah berbuka puasa bersama pelajar dan menunaikan solat terawih berjemaah. Apa yang lebih mengharukan ialah para pensyarah membawa juadah dari rumah untuk dikongsikan bersama pelajar. Suasana hari raya juga dapat dirasakan dengan pelbagai aneka kueh raya dan persembahan lagu raya dari pelajar. Seramai 18 orang pelajar penerima anugerah dekan menerima cenderahati dari Pn Aminah Rhapor, KPP Pengurusan Industri Kreatif.  Menurut beliau, majlis ini bertujuan untuk meraikan bulan Ramadhan dengan ikatan silaturahim semua pelajar program Pengurusan Industri Kreatif bersama pensyarah, bersedekah dan beramal sambil menghargai kejayaan pelajar yang telah menerima anugerah dekan pada semester sebelumnya. Hadiah tersebut merupakan penggalakan kepada pelajar supaya mengutamakan pelajaran dan mengharapkan supaya lebih ramai lagi penerima anugerah dekan pada masa yang akan datang.

Menerusi majlis berbuka puasa ini juga, pelajar semester 2 diharapkan dapat memahirkan diri dalam pengurusan acara sebelum mereka menganjurkan Majlis Hari Raya FiTA pula. Majlis ini juga berjaya mengukuhkan ikatan kekeluargaan apabila berada di menara gading. Semangat bersatu, bekerjasama dalam pasukan berjaya mempertingkatkan kualiti kerja-kerja pengurusan.

Disediakan oleh :

Ilya Insyirah Binti Mohd Isa (2013144613)

FF223 SKRIN

CTM563 Public Relation in Creative Industry

Pensyarah : Puan Julina Binti Tajul Ariffin

 

Live arts, visualising dreams

Contacts

  Faculty of Film, Theatre & Animation
Puncak Perdana Campus, Universiti Teknologi MARA. 40150, Shah Alam Selangor Darul Ehsan Malaysia
  +603.7962.(ext. 2402/2414/2411/2410/2392)
  +603.7962.2405
  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Keep in Touch