Pementasan Teater Mahsuri
23 September hingga 25 september 2016
Dewan Serbaguna UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam

 

 

Khamis 22 SeptPementasan Teater Mahsuri hasil gabungan kerjasama dari pelajar-pelajar semester 05 dibawah penyeliaan pensyarah telah mendapat tepukan hangat yang menggemakan dewan malam tadi. Gabungan pelajar dari Program Teater dan Program Pengurusan Industri Kreatif, Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM Kampus Puncak Perdana ini telah mendapat sambutan di luar jangkaan apabila penonton bukan saja dari kalangan warga UiTM tetapi juga daripada 40 orang anak-anak yatim dari Persatuan Ibu Tunggal, Anak Yatim dan Warga Emas Gombak.


Pementasan yang bermula dari jam 8.30 malam berdurasi selama masa 2 jam itu telah menyentuh hati penonton kerana intipati cerita telah dihayati dengan begitu baik oleh pelajar-pelajar. Kesungguhan mereka membuatkan penonton terpaku dan terus menonton sehingga selesai.

Dalam ulasan yang diberkan oleh Dekan Fakulti Y.Bhg Dato’ Professor A. Razak hj Mohaideen, melahirkan rasa berbesar hati dan bangga dengan usaha dan hasil kerja yang dilakukan oleh para pelajar serta turut memuji hasil karya Pengarah Teater En Mazlan Tahir atas kejayaan beliau yang berjaya memberi kesan.

 

Teater Mahsuri ini turut menyajikan tarian yang dikoreograf oleh pensyarah En Khairolazhar Mokhtar dan nyanyian yang dicipta sendiri oleh pensyarah En Hafiz Askiak selaku pengarah muzik yang sememangnya tidak asing lagi dalam industri seni teater. Pementasan yang penuh emosi ini pastinya bakal menggegarkan lagi Dewan Serbaguna UiTM Kampus Puncak Alam selama empat malam berturut-turut sehingga Ahad ini.

Untuk pembelian tiket, diminta untuk menghubungi nombor yang tertera di bawah. Tiket walk-in juga turut disediakan. 011-11888159(Ain)   019-535 3516 9 (Afif)

Live arts, visualising dreams

Contacts

  Faculty of Film, Theatre & Animation
Puncak Perdana Campus, Universiti Teknologi MARA. 40150, Shah Alam Selangor Darul Ehsan Malaysia
  +603.7962.(ext. 2402/2414/2411/2410/2392)
  +603.7962.2405
  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Keep in Touch