MALAM PROMOSI FILEM ‘3 SUKURITI’


Shah Alam, Selangor – FiTA Week 2017, acara tahunan Fakulti Filem Teater dan Animasi (FiTA), UiTM Selangor, Kampus Shah Alam akan menganjurkan acara Malam Promosi Filem ‘3 SUKURITI’ pada 20 Mei 2017 bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM.
3 SUKURITI adalah buah tangan terbaru arahan pengarah prolifik, Dato’ Prof. Dr. A. Razak Mohaideen yang diterbitan di bawah FiTA STUDIO.

Filem ini dibintangi oleh barisan pelakon popular tanah air seperti Azhari Zain, Saiful Apek, Yassin Senario, Jalil Hamid, Tehmina, Faizul Rashid, Norman Hakim, Nadia Brian, Soo Wincci, Sarah Hildebrand, Raysha Rizrose, Azhan Rani, Syuk SYJ, kumpulan Zero dan Chem Amar.

Tayangan Malam Promosi filem 3 Sukuriti juga akan dimeriahkan dengan kehadiran tetamu jemputan bersama barisan pelakon filem 3 sukuriti. Selain itu, pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan istimewa dari Eza Azimi DAN Qurshairi. 

Orang awam dijemput hadir dengan bayaran tiket berharga RM12. Untuk sebarang tempahan tiket, boleh hubungi talian 017-6535009.

Live arts, visualising dreams

Contacts

  Faculty of Film, Theatre & Animation
Puncak Perdana Campus, Universiti Teknologi MARA. 40150, Shah Alam Selangor Darul Ehsan Malaysia
  +603.7962.(ext. 2402/2414/2411/2410/2392)
  +603.7962.2405
  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Keep in Touch