Oleh : Mohd Syuhaidi bin Abu Bakar

Pada hari Selasa, 2 Disember 2014, telah berlangsungnya acara Gempaknya My Varsity Campus Project  Graffiti/mural wall by SOFY– Our Excitement Never Stops yang disertai kira-kira 50 pelajar Fakulti Filem, teater dan Animasi (FiTA). Acara yang ditaja oleh Sofy (salah satu jenama kebersihan wanita yang terkemuka di Malaysia) ini telah dirasmi dan disertai pengarah filem terkenal di Malaysia, yang juga Dekan FiTA; Y.Bhg. Dato' Professor A' Razak Mohaideen.

 

 

Acara ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar FiTA untuk mendalami, mengembang serta meneruskan bakat lukisan kreatif dengan bimbingan  seorang pelukis graffiti profesional sebagai mentor. Pelukis yang dikenali sebagai Kenji Chai terlibat secara langsung dengan acara ini. Beliau sebelum ini telah menyertai siri lukisan graffiti di Universiti Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan kali ini, giliran UiTM pula. Hasil lukisan mural kini dapat dilihat di dinding bangunan berhadapan gazebo (tempat letak kenderaan) FiTA. Semoga acara ini akan diteruskan pada masa yang akan datang.

Klik untuk galeri penuh.

Live arts, visualising dreams

Contacts

  Faculty of Film, Theatre & Animation
Puncak Perdana Campus, Universiti Teknologi MARA. 40150, Shah Alam Selangor Darul Ehsan Malaysia
  +603.7962.(ext. 2402/2414/2411/2410/2392)
  +603.7962.2405
  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Keep in Touch