Oleh : Mohd Syuhaidi bin Abu Bakar

Pada 28 Januari 2015 yang lalu, bertempat di Dewan Seminar FiTA 1, berlangsungnya sesi Wacana Seni anjuran Jabatan Penulisan Kreatif, Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), UiTM Kampus Puncak Perdana, Shah Alam. Bertemakan English Poetry & Spoken Word In Malaysia,wacana seni kali ini menyaksikan kehadiran Sheena Baharuddin (Pensyarah, Pemuisi, Penulis) dan Jamal Raslan (Guru, Pemuisi, Penulis) sebagai tetamu. Objektif penganjuran sesi kali ini adalah untuk memberi pendedahan tentang senario penulisan dan persembahan puisi Bahasa Inggeris di Malaysia pada masa kini dan mewujud dan mengukuhkan minat dalam diri para pelajar terhadap bidang penulisan dan persembahan puisi Bahasa Inggeris.

Selain itu, ia bertujuan untuk menggalakkan para pelajar supaya tidak putus asa dalam memperbaiki penguasaan Bahasa Inggeris sekaligus berani berkarya dalam bahasa berkenaan. Dalam sesi yang dihadiri kira-kira 200 pelajar dari pelbagai jabatan berkenaan, beberapa topik menarik seperti faktor-faktor pelajar malu untuk berkarya dalam bahasa Inggeris, cabaran-cabaran yang hadir semasa berkarya dalam bahasa berkenaan, selain memberi pelbagai tips berguna untuk para pelajar FiTA dalam proses menghasilkan sebuah produk penulisan. Sheena dan Jamal juga berkesempatan untuk mempersembahkan dua puisi berbahasa Inggeris yang mendapat tepukan gemuruh daripada para pelajar. Diharapkan wacana seni kali ini dapat memberikan sedikit keberanian kepada para pelajar FiTA untuk berkarya dalam bahasa yang bukan bahasa ibunda kerana sudah tiba masanya para pelajar keluar dari zon selesa dan mengembangkan bakat serta karya mereka, dalam usaha membentuk generasi karyawan Malaysia yang serba boleh.

Klik untuk galeri penuh.

 

Live arts, visualising dreams

Contacts

  Faculty of Film, Theatre & Animation
Puncak Perdana Campus, Universiti Teknologi MARA. 40150, Shah Alam Selangor Darul Ehsan Malaysia
  +603.7962.(ext. 2402/2414/2411/2410/2392)
  +603.7962.2405
  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Keep in Touch