WACANA SENI : A NEW IMAGE?
Oleh : Mohd Fatrim Syah bin Abd Karim (Pelajar Penulisan, Semester 5 FITA, UiTM)

Pada 25 Mac 2015 yang lalu, bertempat di Dewan Anjung Sri Budiman, UiTM Shah Alam telah berlangsungnya sesi wacana seni anjuran Jabatan Penulisan Kreatif, Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), UiTM Kampus Puncak Perdana, Shah Alam. Dengan tajuk A New Image? From Postclassical to Postcinematic Film, menampilkan Prof Dr Thomas Morsch seorang pensyarah Jabatan Skrin dari Free University Berlin, Jerman. Objektif diskusi wacana kali ini adalah untuk membincangkan perubahan yang berlaku dalam dunia perfileman selama 100 tahun dari zaman klasik hingga ke zaman postcinematic. Ia memberikan khalayak satu ruang untuk melihat perubahan-perubahan filem dari satu transisi ke satu transisi yang tampak biasa, tetapi sebenarnya mempunyai perubahan drastik sehingga menghasilkan satu imej yang baru.

Menurut Puan Putri Tasnim Mohd Arif, Ketua Program Bahagian Penulisan Kreatif yang merupakan orang yang bertanggungjawab menjemput Prof Dr Thomas Morsch, berkemungkinan besar tajuk ini agak berat dan berada di tahap yang tinggi untuk difahami pelajar. Namun yang menjadi persoalan menurut beliau, sampai bila para pelajar harus bertahan dan tidak menerima satu sesi wacana yang berada di taraf antarabangsa dan mengharapkan para pelajar dapat membuka minda mereka melalui sesi wacana ini. Di dalam sesi yang dihadiri kira-kira 300 orang tetamu antaranya pelajar pelbagai jabatan, para pensyarah, pihak media dan orang awam ini, sesi wacana kali ini menampilkan cara berbeza apabila panel jemputan Prof Dr Thomas Morsch menyampaikan sesinya seperti memberi sebuah taklimat dan bukannya perbincangan antara panel dan moderator. Apa yang menariknya, semasa sesi soal jawab dibuka, begitu banyak soalan-soalan yang diutarakan daripada pihak pelajar, pensyarah dan orang awam yang dianggap oleh Prof Dr Thomas Morsch sebagai soalan yang sangat hebat.


Diharapkan wacana seni kali ini dapat memberikan satu input berguna kepada kesemua pelajar dan semua yang hadir sekaligus membuka minda mereka tentang perubahan-perubahan yang berlaku di dalam arena filem. Sekaligus, melalui wacana seni ini, para pelajar dapat menghasilkan karya-karya yang lebih baik dan membentuk kumpulan karyawan yang mantap di masa-masa akan datang dan memacu dunia perfileman negara ke arah yang lebih baik.


Klik untuk Poster Acara


Klik untuk galeri acara wacana seni: A New Image?
Klik untuk Keratan Akhbar Wacana Seni di Sinar Harian
Klik untuk menuskrip Prof. Dr. Thomas Morsch
Klik untuk slide pembentangan

Live arts, visualising dreams

Contacts

  Faculty of Film, Theatre & Animation
Puncak Perdana Campus, Universiti Teknologi MARA. 40150, Shah Alam Selangor Darul Ehsan Malaysia
  +603.7962.(ext. 2402/2414/2411/2410/2392)
  +603.7962.2405
  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Keep in Touch