WACANA SENI: I PHONE, YOU TUBE : ETHICS, RISKS, AND VULNERABILITIES OF SOCIAL MEDIA WRITINGS 

Pada 9 September 2015 yang lalu, bertempat Di Dewan Seminar FITA 1 dan 2, Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) telah berlangsungnya Wacana Seni anjuran Jabatan Penulisan Kreatif.

Wacana yang bertajuk “I PHONE, YOU TUBE : ETHICS, RISKS, AND VULNERABILITIES OF SOCIAL MEDIA WRITINGS” itu dihadiri kira-kira 150 pelajar dan staf akademik FiTA ini telah menampilkan dua pengguna tegar media sosial di Malaysia iaitu Imran Ajmain dan Budiey Isma (www.budiey.com). Tujuan Wacana Seni pada kali ini diadakan adalah untuk membincangkan tentang etika, risiko dan bahaya jika tidak memahami konsep masyarakat yang mempunyai moral yang tinggi, berpegang kepada nilai etika dalam masyarakat yang demokratik, bertoleransi dan nilai-nilai baik yang lain, dan meluahkan perkara yang sensitif di ruangan media social.

Menurut Imran, pengguna media social perlu berhati-hati dalam meluahkan pendapat dan ketidaksetujuan kerana orang ramai akan memberikan pelbagai reaksi negatif jika perkara tersebut tidak selari dengan pemikiran mereka. Budiey pula menasihatkan tetamu agar menjadi agen etika media sosial kepada ruang sosial mereka dengan menunjukkan etika dan budi perkerti yang baik semasa menggunakan medium tersebut. Wacana Seni yang turut dihadiri pensyarah-pensyarah daripada jabatan-jabatan lain ini merupakan salah satu tugasan tambahan untuk pelajar Jabatan Penulisan Kreatif, CTW214 (Writing Theory and Practice).

Live arts, visualising dreams

Contacts

  Faculty of Film, Theatre & Animation
Puncak Perdana Campus, Universiti Teknologi MARA. 40150, Shah Alam Selangor Darul Ehsan Malaysia
  +603.7962.(ext. 2402/2414/2411/2410/2392)
  +603.7962.2405
  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Keep in Touch