GLITTERASTA 2015 SALAH SATU ACARA PENUTUP TAHUN GEMILANG FiTA

Mohd Syuhaidi Abu Bakar
12 Disember 2015

SEMPENA FiTA Gravity 2015, satu acara tahunan Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), UiTM Selangor, Kampus Puncak Perdana, Program Penulisan Kreatif fakulti berkenaan telah menganjurkan GLITTERASTA 2015. Pensyarah program, dan juga Pengarah Projek (Pensyarah) bagi GLITTERASTA 2015, En Mohd Syuhaidi Abu Bakar berkata tujuan acara berkenaan dilakukan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar Jabatan Penulisan Kreatif untuk berkongsi bakat terpendam mereka kepada pelajar yang lain. 

 
Acara ini turut dimeriahkan Arlina Banana, ikon Instragram yang semakin mendapat tempat kerana video-video lucunya di laman tersebut. En Mohd Syuhaidi menambah, Arlina dijemput untuk sama-sama memeriahkan acara kerana sifat keterbukaan beliau yang boleh dicontohi oleh pelajar-pelajar yang lain. Acara ini dikendalikan oleh 35 orang pelajar Program Pengurusan Industri Kreatif dibawah subjek CTM 613 (Pengurusan Produksi) dibawah seliaan dan penilaian YM Raja Nor Aminah Raja Ayob, pensyarah program dan subjek berkenaan.

Live arts, visualising dreams

Contacts

  Faculty of Film, Theatre & Animation
Puncak Perdana Campus, Universiti Teknologi MARA. 40150, Shah Alam Selangor Darul Ehsan Malaysia
  +603.7962.(ext. 2402/2414/2411/2410/2392)
  +603.7962.2405
  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Keep in Touch