Wacana Hari-Hari Baru Penulis. Pada 24 Febuari 2016, Jabatan Penulisan Kreatif di bawah subjek Teori Dan Praktis Penulisan telah mengadakan sebuah Wacana Seni dengan tajuk Hari-Hari Baru Penulis. Kesemua pelajar Semester 4 Diploma Teknologi Kreatif Penulisan Artistik telah mengambil bahagiuan dalam menjayakan wacana seni tersebut. Kesemua ahli jawatankuasa terdiri daripada barisan pelajar baik jawatankuasa yang terlibat sebelum berlangsungnya wacana, semasa berlangsungnya wacana dan setelah berakhirnya wacana.

Pihak Jawatankuasa telah menjemput beberapa nama untuk dilantik atau dijemput sebagai panel namun, nama akhir yang berjaya diperoleh untuk menjadi panel pada wacana kali ini adalah Puan Ramlah Rashid dan MF Kencana. Pada Wacana kali ini, pihak jawatankuasa telah memperkenalkan sebuah gaya baru dalam wacana di fakulti atas cadangan


Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, En Azhari Muhammad Zain dan nasihat daripada pensyarah subjek, Pn. Nur Nafishah Binti Azmi. Wacana Seni: Hari-Hari Baru Penulis dapat dijayakan dengan sempurna serta diserikan lagi dengan beberapa penampilan khas sebagai persembahan pembukaan. Akhir sekali, Wacana Seni berakhir sekitar jam 4.30 petang dan berakhir dengan jayanya.

Live arts, visualising dreams

Contacts

  Faculty of Film, Theatre & Animation
Puncak Perdana Campus, Universiti Teknologi MARA. 40150, Shah Alam Selangor Darul Ehsan Malaysia
  +603.7962.(ext. 2402/2414/2411/2410/2392)
  +603.7962.2405
  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Keep in Touch