‘Karya 12’ Platform Pengkarya Muda
Oleh: Wan Ainaa Atiqah Mohd Ismadi

‘Karya 12’ merupakan program inisiatif saluran Astro Citra untuk menyemarakkan industri perfileman tanah air. Seramai 6 orang pengarah tersohor dipilih untuk menghasilkan 12 karya telefilem yang berlainan genre, antaranya Yusry Abdul Halim, Osman Ali, Sabri Yunus, Bernard Chauly, Michael Ang dan Ghaz Abu Bakar. Menariknya program ini, 6 orang pelajar daripada beberapa institusi pengajian tinggi Malaysia turut diberi peluang untuk bergandingan dan menyumbangkan idea. Setiap pengarah akan menghasilkan 2 buah karya, yang mana satu adalah idea mereka sendiri dan satu lagi adalah idea daripada protégé mereka.

 

Pemilihan pelajar telah dilakukan pada sekitar November 2015, di mana pihak Astro telah datang ke Fakulti Filem, Teater dan Animasi, UiTM dan membuat saringan di peringkat universiti. Beberapa orang pelajar FiTA telah membuat pembentangan kepada pengarah dan pihak Astro. Mereka kemudiannya dipilih berdasarkan idea dan konsep yang paling kreatif.

 

Tiga pelajar FiTA yang terpilih untuk menyertai program ini adalah Mohd Syafiq Shamsul Ariffin (mentor Ghaz Abu Bakar) dengan telefilem berjudul ‘Syahadah Yang Hilang’ dan, Amirul Nasrullah Kamarulzaman dan Nur Aisyah Sallehuddin (mentor Yusry Abdul Halim) dengan telefilem berjudul ‘Alien Janda Baik’.

 

Antara pelakon terkenal yang turut terlibat di dalam projek ini adalah seperti Nur Fazura, Lisa Surihani, Remy Ishak, Fathia Latiff, Bront Palarae, Fizz Fairuz, Nora Danish, Kamal Adli, Cristina Suzzane, Sharifah Sakinah, Pekin Ibrahim dan ramai lagi.

‘Karya 12’ bertindak sebagai platform kepada graduan muda yang berjiwa kreatif untuk tampil mencurahkan idea, sekali gus menyumbang kepada perkembangan industri kreatif tempatan. Kesemua 12 karya ini akan disiarkan pada setiap Sabtu dan Ahad menerusi saluran Astro Citra dan Mustika HD bermula 30 April ini, jam 10 malam.

Sumber:

Studioh - http://studioh.com.my/Majalah/Eksklusif/Artikel.aspx?arc=17864&sec=237

Bh Online - http://www.bharian.com.my/node/143855

Live arts, visualising dreams

Contacts

  Faculty of Film, Theatre & Animation
Puncak Perdana Campus, Universiti Teknologi MARA. 40150, Shah Alam Selangor Darul Ehsan Malaysia
  +603.7962.(ext. 2402/2414/2411/2410/2392)
  +603.7962.2405
  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Keep in Touch