BICARA LANGIT KEPADA AWAN


ABSTRAK

‘Wacana Puisi’ ialah satu program berbentuk bengkel hasil kerjasama antara pertubuhan ‘Bersama Terbitkan Antologi’ (BeTA) dan Jabatan Penulisan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) yang diadakan pada 13hb Mac, 2016 bersamaan hari Sabtu. Acara tersebut diaturkan di bawah pengelolaan Puan Nur Nafishah Binti Azmi, pensyarah di bawah jabatan berkenaan serta sepuluh orang pelajar semester lima, Diploma Penulisan Artistik (CT 112). Berikut ialah laporan penuh program tersebut.

LATAR BELAKANG

Program ‘Wacana Puisi’ merupakan usashasama pertama antara BeTA dan FiTA yang diadakan seiring dengan majlis penyerahan puisi para pelajar dan pensyarah untuk satu kolaborasi antologi bertajuk ‘Bicara Langit Kepada Awan’ terbitan BeTA. Program ini dikelola oleh Melor Shamsazila sebagai moderator dan dibahagikan kepada empat segmen berlainan. Konsep bengkel digunakan untuk pelajar berlainan dengan wacana yang selalu dianjurkan oleh FiTA yang berbentuk sama ada ceramah atau forum. Wacana ini dibimbing oleh beberapa orang penggiat aktif daripada BeTA.

PEMBIMBING:

  1. Dato’ Dr. Ibrahim Ghaffar
  2. Muhammad Asri Bin Mat Husin
  3. Shamsazila Binti Sa’aban
  4. Rohaiyah Binti Junin
  5. Ismail Bin Ahmed
  6. Ismail Bin Hashim
  7. Mazlinda Binti Mohd Nor

Pihak UiTM yang terlibat ialah warga daripada FiTA secara khususnya di bawah Jabatan Penulisan. Ahli Jawatankuasa yang bertanggungjawab memastikan kemaslahatan program merupakan sepuluh orang ahli yang menyertai antologi pertama kolaborasi BeTA dan FiTA, ‘Bicara Langit Kepada Awan’. Wacana Puisi yang julung-julung kalinya menampilkan kerjasama antara BeTA dan FiTA berjaya apabila pihak BeTA menawarkan 50 orang pelajar penulisan menghasilkan sepuluh  puisi setiap seorang dan akan dibukukan dengan tema “Suara dari Puncak”. Selain tiu, program ini sangat berjaya kerana menerima kunjungan daripada YBG. Dato’ Dr. Hassan Mad, ahli Kursi Raja-Raja Melayu, UiTM buat kali pertama ke FiTA. Program ini diharap menaikkan lagi nama fakulti selain memupuk satu pertalian profesional baharu yang dapat membantu meningkatkan kualiti pendidikan para pelajar FiTA.

           

Live arts, visualising dreams

Contacts

  Faculty of Film, Theatre & Animation
Puncak Perdana Campus, Universiti Teknologi MARA. 40150, Shah Alam Selangor Darul Ehsan Malaysia
  +603.7962.(ext. 2402/2414/2411/2410/2392)
  +603.7962.2405
  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Keep in Touch