Cik Zahara Suryani Abdul Razak bersama buku beliau Qalamullah di Aotearoa
ketika Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, Pusat Dagangan Dunia Putra

 

Oleh: Nor ‘ Anira Haris

Pada 28 April 2017, Sabtu lalu, telah berlangsung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Salah satu tarikan ialah pelancaran buku QalamullahdiAotearoa hasil karya seorang pensyarah dari Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), UiTM, Noor Zahara Suryani Abdul Razak. Pada 29 April 2017, keesokan harinya pula diadakan sesi ramah mesra bersama pengarang buku tersebut di mana pengunjung berpeluang bertemu dan mendapatkan autograf. Buku terbitan Kristal Publishing PLT ini ialah sebuah travelog yang dicoretkan sendiri oleh penulis sepanjang 11 hari menjelajah bumi New Zealand atau dalam bahasa Maori, Aotearoa, bersama empat orang rakannyayang lain.

Qalamullah di Aotearoa bukan saja merakamkan segala cabaran dan suka duka selama pengembaraan beliau di sana, malah pembaca berpeluang untuk mendekati tanah Aotearoa dengan lebih dekat menerusi tempat-tempat menarik yang disinggahi oleh penulis, tempat makan, penginapan, pengangkutan dan tentu sekali pemandangan yang menawan hati. Dengan harga mampu milik, RM25, sesiapa saja boleh memiliki QalamullahdiAotearoa sebagai rujukan mahupun kenangan.  Tahniah Noor Zahara Suryani atas kelahiran karya beliau. Terus usaha, maju jaya!

Live arts, visualising dreams

Contacts

  Faculty of Film, Theatre & Animation
Puncak Perdana Campus, Universiti Teknologi MARA. 40150, Shah Alam Selangor Darul Ehsan Malaysia
  +603.7962.(ext. 2402/2414/2411/2410/2392)
  +603.7962.2405
  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Keep in Touch