FITA DAN DEAR NOVELS ANJUR PERTANDINGAN PENULISAN NOVEL SERAM


Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kampus Puncak Perdana, Shah Alam dengan kerjasama syarikat penerbitan Dear Novels sedang menganjurkan Pertandingan Penulisan Novel Seram. Pertandingan ini dianjurkan untuk memberi peluang kepada pelbagai lapisan masyarakat untuk mempamerkan bakat terpendam mereka, walaupun mereka bukan terdiri daripada penulis yang berpengalaman. Ianya terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang boleh menulis sepenuhnya dalam bahasa Melayu dan manuskrip tersebut perlulah yang asal dan masih belum diterbitkan sebelum ini.

Maklumat penting pertandingan tersebut adalah seperti berikut:

Yuran Pendaftaran (Pelajar) : RM50
Yuran Pendaftaran (Umum) : RM100
Tarikh Akhir Bayaran Yuran Pendaftaran : 15 Julai 2017 31 Julai 2017
Tarikh Akhir Pendaftaran Manuskrip : 15 Oktober 2017
Tarikh Pengumuman Pemenang : 15 November 2017

Hadiah? Mestilah ada!

Pemenang Pertama  : Wang Tunai RM1,000 & karya diterbitkan oleh Dear Novels
Pemenang Kedua     : Wang Tunai RM800 & karya diterbitkan oleh Dear Novels
Pemenang Ketiga     : Wang Tunai RM500 & karya diterbitkan oleh Dear Novels


Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan ini, sila:

Like kami di FB : https://web.facebook.com/fitadearnovels/
Follow kami di Twitter: twitter.com/fitadearnovels
Like kami di Instagram: instagram.com/fitadearnovels
Layari : http://novelfita.com/

Live arts, visualising dreams

Contacts

  Faculty of Film, Theatre & Animation
Puncak Perdana Campus, Universiti Teknologi MARA. 40150, Shah Alam Selangor Darul Ehsan Malaysia
  +603.7962.(ext. 2402/2414/2411/2410/2392)
  +603.7962.2405
  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Keep in Touch