JABATAN FILEM

Filem merupakan medium seni yang penting sebagai sebuah media komunikasi yang merangkumi sifat audio dan visual. Gabungan teknologi fotografi dan bunyi ini mampu mencerminkan hasil budaya dan ekspresi seni manusia yang mempunyai nilai kreativiti yang tinggi.

PELUANG PEKERJAAN

Pengarah Filem / Penolong Pengarah Program Television / Penolong Penerbit Filem / Penolong Pengurus Penerbitan Filem / Penerbit Rancangan Televisyen / Pengarah Fotografi /Juru Kamera/ Perekabentuk Bunyi / Penulis Skrip / Pengarah Seni / Penyunting Filem atau Program Televisyen Bidang-bidang yang berkaitan dengan Produksi Teater, Filem, Televisyen, Radio dan juga bidang-bidang industri seni kreatif yang lain.

  • E2127/ FF111: DIPLOMA FILEM

    Tempoh Pengajian: 5 Semester (2.5 tahun) Program ini akan mendedahkan pelajar kepada pengetahuan dan kemahiran asas dalam penerbitan filem dan televisyen. Konsep pembelajaran program ini juga banyak menekankan ilmu yang seimbang dengan pengajaran yang bercirikan teori dan praktikal. Antara kursus-kursus yang ditawarkan adalah seperti Asas Produksi Filem, Sinema Malaysia, Teknologi Bunyi, Pengurusan Produksi Filem, Rekabentuk Produksi, Pasca Produksi, Pengarahan, Sinematografi, Penerbitan Dokumentari dan Produksi Kamera Berbilang.
  • EA83 / FF230: SARJANA MUDA FILEM (KEPUJIAN) PENGARAHAN FILEM

    Tempoh Pengajian: 6 Semester (3 tahun) Program ini menawarkan pendedahan yang menyeluruh secara teori dan praktikal dalam bidang pengarahan filem dan televisyen. Kandungan program juga menjurus kepada penghasilan kandungan karya visual kreatif bagi memenuhi kehendak industri. Antara kursus-kursus yang ditawarkan adalah Sinema Malaysia, Sinefoto, Teori dan Apresiasi Filem, Pengarahan, Projek Pengarahan Filem, Teknologi Bunyi, Bengkel Pengarahan, Rekabentuk Produksi, Sejarah Filem dan Pasca Produksi.
  • EA58 / FF231: SARJANA MUDA FILEM (KEPUJIAN) SINEMATOGRAFI

    Tempoh Pengajian: 6 Semester (3 tahun) Sinematografi merupakan cantuman dua perkataan iaitu sinema dan fotografi. Penekanan program ini meliputi pengetahuan teknikal dan kemahiran praktikal dalam bidang penataan cahaya dan pengendalian kamera menerusi penerbitan filem, televisyen dan media digital yang berkaitan. Antara kursus-kursus yang ditawarkan adalah Pencahayaan Filem, Sinematografi Aerial, Sinematografi Kesan Khas, Bengkel Produksi Digital, Portfolio Sinematografi, Sinefoto, Pengarahan, Sejarah Filem dan Asas Produksi Filem.
  • 1

Screen News

Graduan UiTM teruja dipilih ...

2017-08-19
Graduan UiTM teruja dipilih arah filem Karya 12

MOHD Hadli berasal dari Pahang diberi peluang mengarah filem dalam Karya 12 terbitan Astro. - Foto Rosman Sh...

Wacana Seni: Shortcut to The...

2015-05-07
Wacana Seni: Shortcut to The Oscars

Wacana Seni: Shortcut To The Oscars with Sanif Olek Date : 13 June 2015, Saturday Time : 12:20 am - 01:00 pm...

Tentatif Tayangan Filem Mei ...

2015-04-08
Tentatif Tayangan Filem Mei 2015

Tayangan Filem Mei 2015

Tentatif Tayangan Filem Apri...

2015-04-08
Tentatif Tayangan Filem April 2015

Tayangan Filem April 2015

Creative Visual Award 2014

2015-01-13
Creative Visual Award 2014

On the 17th of December 2014, a group of students from the Faculty of Film, Theatre and Animation, Puncak Pe...

«
»
Live arts, visualising dreams

Contacts

  Faculty of Film, Theatre & Animation
Puncak Perdana Campus, Universiti Teknologi MARA. 40150, Shah Alam Selangor Darul Ehsan Malaysia
  +603.7962.(ext. 2402/2414/2411/2410/2392)
  +603.7962.2405
  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Keep in Touch