MOHD Hadli berasal dari Pahang diberi peluang mengarah filem dalam Karya 12 terbitan Astro. - Foto Rosman Shamsudin

TANJUNG MALIM: Bekas penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Mohd Hadli Hairudin, 24, teruja terpilih sebagai seorang daripada pengarah filem Karya 12 terbitan Astro.

Penerbitan filem Karya 12, menampilkan enam penuntut universiti bersama enam pengarah filem terkenal tanah air sebagai mentor untuk menerbit dan mengarah produksi berkenaan.

Enam pengarah terbabit ialah Mamat Khalid, Tunku Mona, Rashid Sibir, Feroz Kadir, Raizasyam Rashid dan Nik Amir yang semuanya berpengalaman dan memenangi pelbagai anugerah.

Mohd Hadli yang juga graduan Fakulti Filem Teater dan Animasi UiTM, berkata beliau bertuah kerana filem 'Lari Hantu Lari' dipilih Astro dan mendapat bimbingan Mamat yang juga idolanya.

Beliau berkata, bukan semua berpeluang untuk menerbitkan filem di bawah bimbingan pengarah terkenal, malah semua perbelanjaan ditanggung.

"Ini peluang untuk saya mempraktikkan segala ilmu secara teori dan praktikal sewaktu belajar di universiti. Ia tidak semudah yang disangka kerana memerlukan semangat dan kekuatan mental serta fizikal untuk menerbitkan filem.

"Peluang yang diberi kepada penuntut universiti seperti ini memang dihargai dan mampu melahirkan lebih ramai pengarah baharu untuk mewarnai industri filem tanah air," katanya di sini hari ini.

Beliau ditemui di Sarang Art Hub, Tanjung Malim sempena Tayangan Wayang Pacak filem Semerah Merah yang bakal ditayangkan Astro pada September ini.

Oleh Rosman Shamsudin
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
s
umber artikel: www.bharian.com.my

Live arts, visualising dreams

Contacts

  Faculty of Film, Theatre & Animation
Puncak Perdana Campus, Universiti Teknologi MARA. 40150, Shah Alam Selangor Darul Ehsan Malaysia
  +603.7962.(ext. 2402/2414/2411/2410/2392)
  +603.7962.2405
  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Keep in Touch