JABATAN TEATER

Teater merupakan sebuah inovasi seni pentas yang dipersembah dan dipertontonkan secara langsung, terhasil daripada perkembangan budaya, teks, khalayak, aliran (trend), media dan teknologi. Selain memberikan hiburan, Teater turut berfungsi sebagai medium dramatik dalam penyataan pemikiran, ekspresi, komunikasi, kefahaman, psikologi dan sosiologi manusia.

PELUANG PEKERJAAN

Penerbit, Pengarah & Pelakon Teater, Penulis Skrip, Pengurus Pentas, Sinografer, Pereka Produksi, Pengarah Seni, Ahli Akademik, Pentadbiran Teater & Kesenian dan segala bidang yang berkaitan dengan Produksi Teater, Filem, Televisyen, Radio serta bidang-bidang industri seni kreatif yang lain.

  • E2126 / FF113 : DIPLOMA TEATER

    Tempoh Pengajian: 5 Semester (2.5 Tahun) Program ini bakal melahirkan graduan sebagai pemimpin produksi teater secara profesional yang seimbang dari segi kemahiran teori & praktikal dalam aspek persembahan, produksi teknikal, artistik dan pentadbiran perniagaan seni pentas. Antara kandungan pembelajaran program ini adalah Kraf Pentas, Teknik Vokal, Lakonan, Pengarahan, Teater Tradisional, Pergerakan Kreatif, Tarian Tradisional, Analisis Skrip Teater, Teater Kanak-kanak, dan Apresiasi Teater Malaysia.
  • EA84 / FF234 : SARJANA MUDA TEATER (KEPUJIAN) PRODUKSI TEATER

    Tempoh Pengajian: 6 Semester (3 Tahun) Program pengkhususan Produksi Teater merupakan satu pendekatan lanjutan berteraskan industri secara lebih profesional dalam pembelajaran dan penyelidikan bidang seni persembahan teater moden dan tradisional dari aspek Persembahan Pentas seperti vokal, lakonan, pengarahan, gerak kreatif, tari dan pentadbiran serta kepimpinan teater. Kandungan pembelajaran program ini akan melakar masa hadapan pelajar menerusi kursus-kursus seperti Kraf Pentas, Teknik Vokal, Interpretasi Naskah, Lakonan, Improvisasi, Pengarahan, Teater Tradisional, Teater Eksperimental, Pergerakan Kreatif dan Kritikan Drama & Teater.
  • EA85 / FF235 : SARJANA MUDA TEATER (KEPUJIAN) SINOGRAFI

    Program Sinografi merupakan pengkhususan artistik serta teknikal bidang Rekaan dan Teknologi Teater dan Seni Persembahan. Kreativiti dan inovasi pembelajaran program sinografi ini tidak hanya terbatas kepada penciptaan ruang pentas dan persembahan, malah lebih meluas kepada kajian dan ekperimentasi ruang site-specific performance; from environmental theatre to performance installation. Kandungan pembelajaran berlandaskan industri ini bakal melahirkan graduan serta pemimpin profesional menerusi kursus-kursus seperti Komunikasi Visual Untuk Sinografi, Teknologi Audio & Rekaan Bunyi, Rekabentuk Kostum, Solekan & Kesan Khas, Rekabentuk Set & Props, Lukisan Teknikal & CAD, Rekaan Teknikal dan Pencahayaan, Teater Tradisional, Interpretasi Naskah dan Kritikan Drama & Teater.
  • 1

Theatre News

Diploma Art Showcase 2015

2015-02-28
Diploma Art Showcase 2015

Assalammualaikum dan salam sejahtera! Berita Gembira! Kami pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi dari UiT...

Akan datang! Pementasan Teat...

2015-04-08
Akan datang! Pementasan Teater Komedi Seram Kampung Kemenyan

"Kadang kadang manusia lagi menakutkan dari hantu" Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sem...

Pementasan Teater Piring

2015-04-21
Pementasan Teater Piring

Pementasan Honor Showcase FiTA | Teater Piring Teater Piring arahan Jebat Isqandar akan berlangsung di Dewa...

Muzikal Teater Uda dan Dara ...

2015-09-09
Muzikal Teater Uda dan Dara | Diploma Art Showcase 2015

Seluruh warga UiTM dijemput hadir menyaksikan Muzikal Teater Uda dan Dara (MUDaRa) dan bersama-sama mengapre...

TEATER KERIKIL - RENANGI PER...

2017-03-03
TEATER KERIKIL - RENANGI PERJUANGAN MENGEJAR SEGULUNG IJAZAH

Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) bakal menyingkap kisah kehidu...

Teater Kanak - Kanak Puteri ...

2017-05-02
Teater Kanak - Kanak Puteri Nyamuk | FiTA WEEK

Projek mega pementasan Teater Kanak-Kanak : Puteri Nyamuk sudah semakin hampir. Jadi, kepada anda yang ingin...

Tahniah Teater Amy Sofea!

2017-11-13
Tahniah Teater Amy Sofea!

Tahniah Teater Amy Sofea! Pelajar jurusan teater Fakulti Filem, Teater dan Animasi, UiTM Kampus Puncak Perda...

«
»
Live arts, visualising dreams

Contacts

  Faculty of Film, Theatre & Animation
Puncak Perdana Campus, Universiti Teknologi MARA. 40150, Shah Alam Selangor Darul Ehsan Malaysia
  +603.7962.(ext. 2402/2414/2411/2410/2392)
  +603.7962.2405
  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Keep in Touch