GemPiTA 2022

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Bhg. Prof. Emeritus/ Datuk / Dato'. / Datin / Prof / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan.

JEMPUTAN KE ACARA GemPiTA 2022

 

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.  Sukacita dimaklumkan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), Universiti Teknologi MARA (UiTM) di bawah program Pengurusan Industri Kreatif akan mengadakan acara GemPiTA (Gempak Pengurusan FiTA).

3.  Untuk makluman, GemPiTA ini adalah inisiatif fakulti untuk mengekalkan kerelevenan dalam memenuhi keperluan industri kreatif, dan mengekalkan jalinan fakulti bersama industri. Acara ini mendapat kerjasama daripada nama-nama besar industri tanah air seperti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN), Datuk Khairul Anwar Salleh, dan penerbit terkenal, Dato' Saniboey Mohd Ismail, dan penerbit filem Paskal, Keoh Chee Ang.

4.   Sehubungan itu, pihak fakulti dengan penuh hormat dan berbesar hati ingin menjemput YBhg. Dato'/ Datin/ Prof Emeritus/ Prof/ Prof Madya/ Dr / Tuan/ Puanuntuk hadir secara maya sebagai penonton  seperti ketetapan di bawah ini.

Tarikh              : 5 hingga 9 Januari 2022

Aplikasi           : Youtube FiTA TV

Media sosial    : Instagram @pengurusan_industri_kreatif & @gempita2022_

5.  Program-program yang akan berlangsung adalah seperti berikut:

Tarikh

Masa

Program

5 Januari 2022

(Rabu)

2.00 - 4.00 petang

Webinar: Digital Future Of Television and Film*

 6 Januari 2022

(Khamis)

11.00 – 1.00 tengahari

Perasmian GemPiTA

2.00 - 3.00 petang

SULAM: Program International Day of Persons with Disabilities

3.00 - 4.00 petang

Penghasilan Muzik Video Rusa / The Making Of

4.00 - 6.00 petang

Revisit Clash of Talent 2

 

7 Januari 2022

(Jumaat)

 

8.30 – 10.00 pagi

R.E.A.D – Cloud Kookoo Land

10.30 pagi – 12.30 tengahari

R.E.A.D – PTAR Mendeley*

2.30 – 4.30 petang

R.E.A.D – Intro PTAR Eletronic Resources*

5.00 – 6.00 petang

R.E.A.D – Aku @ Melaka

8.00 – 11.00 malam

R.E.A.D – Best Books of 2021 with Dr Kamal*

8.00 – 10.00 malam

Zumba with Celebrities

 

 8 Januari 2022

(Sabtu)

8.30 – 10.30 pagi

R.E.A.D – Walking High – Agensi Anti Dadah Kebangsaan*

10.00 pagi – 12.00 tengahari

Webinar: How to Sell and Promote your Art Product Virtually and Effectively*

12.00 – 1.00 tengahari 

R.E.A.D – Aku @ Melaka

2.00 – 4.00 petang

R.E.A.D – Al Kisah with Miss Zara*

4.00 – 6.00 petang

R.E.A.D – Sembang Novella : Demi Rindu Itu with Dr Ayu*

8.00 – 11.00 malam

R.E.A.D – OOTD Once Upon A Time with En Nurafifi*

9 Januari 2022

(Ahad)

 

10.00 pagi – 12.00 tengahari

Webinar Pengurusan Demonstrasi Lakonan*

2.00 – 5.00 petang

MENAN: Arena Of Championship –

Semi Final / Final

10.00 pagi – 5.00 petang

MENAN: Mobile Legend Tournament And Exhibition

Semoga dengan kehadiran YBhg. Dato'/ Datin/ Prof Emeritus/ Prof/ Prof Madya/ Dr / Tuan/ Puan akan dapat bersama-sama menyemarakkan acara GemPiTA 2022.

Kerjasama YBhg. Dato'/ Datin/ Prof Emeritus/ Prof/ Prof Madya/ Dr / Tuan/Puan untuk memanjangkan jemputan ini kepada semua staf dan pelajar amat diharapkan.   

Pautan kehadiran dan jam latihan staf* akan diberikan.

Terima kasih. Wassalam