PUSAT PENGAJIAN PENGURUSAN INDUSTRI KREATIF

Pengurusan Industri Kreatif merupakan satu bidang yang menjurus kepada pengurusan acara-acara yang berbentuk seni. Keunikannya terletak kepada kemampuannya mengaplikasikan bidang seni persembahan lain sebagai landasan untuk memberi pendedahan kerjaya sebenar dalam melahirkan pengurus yang berkemahiran, cekap dan inovatif.

PELUANG PEKERJAAN

Antara peluang pekerjaan yang menanti: Pengurus Produksi Persembahan, Pengurus Produksi Filem, Pengurus Pentas, Pengurus Acara, Pegawai Kebudayaan, Kurator Muzium dan Usahawan Muda dalam bidang seni kreatif. Bidang-bidang lain termasuklah kerjaya yang berkaitan dengan Produksi Teater

Tempoh Pengajian: 5 Semester (2.5 tahun)Diploma Pengurusan Seni memberikan pendedahan teori dan praktis dalam pengurusan artistik kepada pelajarnya di mana mereka akan didedahkan kepada penggunaan teknologi terkini dan kelengkapan yang sesuai dengan kehendak kerjaya masa kini. Antara kursus-kursus yang ditawarkan: Asas Pengurusan, Asas Pemasaran, Asas Produksi Pengurusan Filem, Gaya Persembahan Pentas, Harta Intelek Industri Kreatif, Pencerakinan Skrip, Promosi & Publisiti, Pengurusan Kreatif Gunaan, Pengurusan Pameran dan Pengurusan Produksi Pentas.