PUSAT PENGAJIAN FILEM
Filem merupakan medium seni yang penting sebagai sebuah media komunikasi yang merangkumi sifat audio dan visual. Gabungan teknologi fotografi dan bunyi ini mampu mencerminkan hasil budaya dan ekspresi seni manusia yang mempunyai nilai kreativiti yang tinggi.
PELUANG PEKERJAAN
Pengarah Filem / Penolong Pengarah Program Television / Penolong Penerbit Filem / Penolong Pengurus Penerbitan Filem / Penerbit Rancangan Televisyen / Pengarah Fotografi /Juru Kamera/ Perekabentuk Bunyi / Penulis Skrip / Pengarah Seni / Penyunting Filem atau Program Televisyen Bidang-bidang yang berkaitan dengan Produksi Teater, Filem, Televisyen, Radio dan juga bidang-bidang industri seni kreatif yang lain.
E2127/ FF111: DIPLOMA FILEM
Diploma Filem (FF111) mendedahkan pelajar kepada pengetahuan dan asas kemahiran dalam penerbitan filem dan televisyen. Tumpuan pengajaran dan pembelajaran adalah lebih kepada pendedahan kepada prinsip-prinsip praktikal dalam penerbitan imej bergerak yang diseimbangkan secara kemas dengan teori-teori filem berkaitan. Antara kursus-kursus yang ditawarkan adalah seperti Asas Produksi Filem, Sinema Malaysia, Teknologi Bunyi, Pengurusan Produksi Filem, Rekabentuk Produksi, Pasca Produksi, Pengarahan, Penerbitan Dokumentari dan Produksi Kamera Berbilang.
EA83 / FF230: SARJANA MUDA FILEM (KEPUJIAN) PENGARAHAN FILEM
EA58 / FF231: SARJANA MUDA FILEM (KEPUJIAN) SINEMATOGRAFI
ACCREDITATION