Salah satu pintu yang dibuka oleh Allah untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadhan adalah melalui sedekah.“Orang yang memberikan hidangan berbuka puasa kepada orang lain yang berpuasa, ia akan mendapatkan pahala orang tersebut tanpa sedikit pun mengurangi pahala orang itu..” (HR. At Tirmidzi).
Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia dan penuh dengan keberkahan. Sesungguhnya sedekah atau shadaqah di bulan Ramadhan memiliki keistimewaan dan kelebihan. Mengambil peluang keberkatan di bulan yang mulia ini Fakulti filem,Teater dan Animasi dengan anjuran kakitangan UiTM Puncak Perdana bersepakat untuk menyediakan juadah bubur lambuk pada 16 Ramadhan 1437 untuk disedakahkan kepada umat islam yang berpuasa di sini.
Bubur lambuk yang diperbuat daripada beras dan campuran lain seperti rempah ratus, daging, dan sayur-sayuran adalah makan sihat yang biasanya di lakukankan secara bergotong royong di bulan Ramadhan. Namun bubur lambuk yang disediakan oleh kakitangan UiTM Puncak Pedana ini sangat istimewa apabila bubur disediakan bersama isi ikan sardin yang segar dan campuran sayuran pucuk paku merah bersama sayur-sayuran kampong yang lain. Sebanyak empat buah periuk besar digunakan bagi memasak bubur tersebut.
Pengagihan bubur lambuk dilakukan di dalam kampus Puncak Perdana dan juga orang awam di kawasan sekitar. Semoga usaha murni ini diterima dan mendapat ganjaran daripada Allah Subahanna Wataalla.