Shah Alam – Oktober 2019, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam dengan kerjasama Majlis Pengetua Kolej UiTM Shah Alam telah mengadakan Majlis Pelancaran Read@Uni Peringkat UiTM.

Program ini merupakan simbolik tanda sokongan dan pelaksanaan program Read@Uni yang telah diadakan di UiTM seluruh Malaysia dengan pelaksanaan sebanyak 130 aktiviti, 19 205 penyertaan yang terdiri dalam kalangan warga UiTM dan Komuniti Luar. https://ptar.uitm.edu.my/read@uni/

Yusri Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Yusri KRU merupakan sarjana kreatif Fakulti Filem, Teater dan Animasi, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Perdana telah dinobatkan sebagai Ikon Membaca Read@Uni. Yusri berkata “segala ilmu dalam CGI yang saya perolehi adalah menerusi buku & self taught. Takde guru, cuma buku”.

Anugerah Ikon Membaca UiTM - Ikon Membaca UiTM adalah anugerah inisiatif Perpustakaan Tun Abdul Razak bagi menggalakkan dan membudayakan amalan membaca terutama dalam kalangan generasi muda. Pemilihan ikon adalah berdasarkan berdasarkan keaktifan ikon dalam penyelidikan dan penerbitan selain mempunyai minat membaca dan dapat memberi inspirasi dan memupuk budaya membaca kepada warga Universiti dan Komuniti luar.

Program Read@Uni dengan Slogan "With Knowledge We Lead" dilaksanakan dengan penyelarasan oleh perpustakaan di semua IPT Awam dan Swasta bagi menyemarakkan lagi kempen budaya membaca di institusi masing-masing dan membantu dalam menyokong aspirasi mewujudkan dekad membaca 2030. 

Program ini akan dilaksanakan secara terancang dan berterusan di seluruh UiTM bagi memupuk minat membaca serta menyokong pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan ke arah mewujudkan warga universiti berbudaya membaca dan cintakan ilmu.

Objektif Program adalah:
1.    Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan membaca di kalangan warga universiti.
2.    Memupuk minat dan amalan membaca di kalangan warga universiti.
3.    Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan cintakan ilmu.
4.    Memberi pendedahan kepada pelanggan berkenaan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan.
5.  Memperkenalkan dan melancarkan Learning College yang merupakan inisiatif Majlis Pengetua Kolej untuk menjadikan kolej sebagai Pusat Pembelajaran Kedua yang akan menjadi antara program Read@Uni kepada para pelajar dan pihak kolej.


#ReadUni
#Malaysiabersih
#UiTMdihatiku
#kitaUiTM


 
Live arts, visualising dreams

Contacts

  Faculty of Film, Theatre & Animation
Puncak Perdana Campus, Universiti Teknologi MARA. 40150, Shah Alam Selangor Darul Ehsan Malaysia
  +603.7962.(ext. 2402/2414/2411/2410/2392)
  +603.7962.2405
  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Keep in Touch