konsert-emoji-terkini

Tarikh 1 November 2017, bertempat di Dewan Sri Bestari, Intekma Resort, UiTM Shah Alam telah menyaksikan sidang media Konsert Emoji anjuran Fakulfi Filem, Teater dan Animasi (FITA) yang bakal berlangsung pada 16 & 17 Disember 2017 nanti. 

foto-bersama yusri-kru-anuar-zain

Barisan artis yang bakal menggegarkan konsert terdiri daripada Anuar Zain, Akim and The Majistret, dan KRU serta tidak ketinggalan telah berhimpun bersama menemui wartawan dengan tujuan yang sama untuk mewar-warkan keindahan warna hiburan pada malam konsert nanti. Walaubagaimanapun, Faizal Tahir yang turut juga menggegarkan konsert pada malam itu tidak dapat hadir atas sebab tertentu.


ucapan-dato-dollah
(Sesi ucapan justeru perasmian Sidang Media oleh Dato' Dr. Abdullah)

Tidak ketinggalan juga Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Dato’ Dr Abdullah Mohamad Said,  turut berada memberikan sokongan disamping Dekan fakulti serta beberapa ketua-ketua pengarah projek.

Keriangan yang bakal dikongsi bersama peminat-peminat nanti adalah peluang yang dinanti-nantikan oleh barisan artis. Mari kita bersama-sama menyokong konsert ini disamping menyumbang kepada tabung pendidikan UITM. 



seating-chart-konsert-emoji

Tiket-tiket dengan harga yang amat berpatutan (RM50, 100, 200, 300, 400- VIP seat, 500-VVIP seat) boleh didapati dengan menghubungi 014-6137001, 011-6221 2193 dan 010-831 8328. 

 

 

MINGGU KARYAONE FITA KINI KEMBALI!

Sukacita dimaklumkan Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) akan menganjurkan Minggu KaryaONE Bersama Alumni 2017 untuk meraikan 20 tahun penubuhannya.

Dekan FiTA, Dato’ Profesor. Dr. A. Razak Mohaideen berkata acara tahun ini akan diraikan secara besar-besaran dengan menghimpunkan ALUMNI fakulti sejak tahun 1998. Acara tersebut akan berlangsung dari 12 sehingga 17 Disember 2017 bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC).

Ketua Pengarah Minggu KaryaONE 2017 yang juga pengarah teater terkenal, Puan Norzizi Zulkifli berkata, Minggu KaryaONE Bersama Alumni 2017 ini menyediakan pelbagai acara berbentuk ilmiah dan artrepreneur. Antara program- program yang bakal berlangsung adalah anugerah FiTA KaryaOne Awards, Malam Promosi Filem Badang, Wacana Seni, Animation Kingdom, Pameran Fotografi Nostalgia FiTA, Tayangan Filem Pendek, Mini Carnival dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai Minggu KaryaONE Bersama Alumni 2017 sila -

Layari laman sesawang rasmi KaryaOne : http://karyaone.com/

Layari laman sesawang rasmi FiTA : http://fita.uitm.edu.my/v4/index.php/en/

Like kami di Facebook - https://web.facebook.com/karyaonefita/

Follow kami di Twitter – https://twitter.com/karyaonefita

Follow kami di Instagram - https://www.instagram.com/karyaonefita/

 

FITA BERJAYA ANJUR MINI KONVENSYEN KIK 2017

YBhg. Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan,

Mini Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) UiTM Zon Tengah diadakan dengan jayanya di UiTM Shah Alam pada 4 Oktober lalu. Dekan FiTA, Dato' Professor Dr. A. Razak Mohaideen berkata, Fakulti Filem, Teater dan Animasi amat berbangga kerana telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi penganjuran kali ini.

“Tujuan acara ini diadakan adalah untuk memilih wakil zon UiTM dalam kalangan KIK yang dianugerah EMAS ke Konvensyen KIK peringkat UiTM. Kita berbangga kerana semuanya berjalan lancar. Tahniah diucapkan kepada pemenang,” ujarnya lagi.

Pengerusi Mini Konvensyen KIK 2017, Encik Suhaimi Juhan berkata, penganjuran Konvensyen KIK ini adalah penting dalam memastikan budaya KIK yang berterusan dalam sistem UiTM.

“Kami juga amat berbesar hati kerana Penolong Naib Canselor InQKA, Prof Dr Roziah Mohd Janor sudi hadir untuk merasmi dan memeriahkan acara. Pihak InQKA juga mengucapkan sekalung tahniah kepada semua pemenang dan FiTA atas penganjuran,ujarnya.

 SENARAI PEMENANG MINI KONVESYEN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) ZON TENGAH 2017 BIL

 

ANUGERAH

NAMA KUMPULAN

1

ANUGERAH KUMPULAN BARU BERPOTENSI

FANTASTIC DENTAL

2

ANUGERAH PEMBENTANG LELAKI TERBAIK

DR SHARIF ABDUL BARI ALI

3

ANUGERAH PEMBENTANG WANITA TERBAIK

PUAN ZUHASLINDA SULAIMAN

4

ANUGERAH PERSEMBAHAN TERBAIK

TIADA

5

ANUGERAH DOKUMENTASI TERBAIK

I CLIQUE

6

ANUGERAH FASILITATOR TERBAIK

PUAN WAN IZATUL FAHRAH BINTI WAN ISHAK

7

ANUGERAH KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF BERPOTENSI

E TAPA

8

ANUGERAH PENJANAAN KOS SEBENAR TERBAIK

TIADA

9

ANUGERAH PENJIMATAN KOS SEBENAR TERBAIK

I CLIQUE

10

ANUGERAH INOVASI KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

LINGUA TECH

11

ANUGERAH INOVASI TEKNIKAL

TIADA

12

ANUGERAH INOVASI PROSES

I CARE

13

ANUGERAH INOVASI ICT

I CLIQUE

14

TEMPAT KE TIGA

I CARE

15

NAIB JOHAN

LINGUA TECH

16

JOHAN

I CLIQUE

 MOMEN MENARIK SEPANJANG ACARA MINI KONVESYEN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) ZON TENGAH 2017

 

Live arts, visualising dreams

Contacts

  Faculty of Film, Theatre & Animation
Puncak Perdana Campus, Universiti Teknologi MARA. 40150, Shah Alam Selangor Darul Ehsan Malaysia
  +603.7962.(ext. 2402/2414/2411/2410/2392)
  +603.7962.2405
  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Keep in Touch