FiTA Menang sempena pertandingan Animatch anjuran Communications And Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM) 2019.

Pertandingan Animatch anjuran Communications And Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM) telah berlangsung selama 4 minggu dan hari ini telah diadakan Majlis Penyampaian Hadiah bagi pemenang. Daripada 10 kumpulan Finalist terpilih yang terdiri dari pelajar IPT dan pengamal Industri, 2 Kumpulan yang dianggotai oleh Pelajar Animasi FiTA telah memenangi 2 kategori di Animatch. Senarai pemenang dari FiTA adalah seperti berikut:

Hadiah Tempat Pertama berupa Wang Tunai RM8,500 + Sijil dimenangi oleh kumpulan Cikeboom yang dianggotai oleh
Mohammad Haikal Danial bin Mohammad Jota (Pelajar Animasi FiTA) dengan kerjasama En. Mohd Syafiq Mohamed Yusuf (Industri) dan En. Hasnan Moorsidi (Industri)

Hadiah Saguhati berupa Wang Tunai RM500 + Sijil telah dimenangi oleh kumpulan BiWifi yang terdiri dari Pelajar Animasi FiTA iaitu Syazwina bt. Mohd Ali, Nabila bt. Nazmi dan Siti Hafizahniza bt. Zainul Idris yang juga merupakan kumpulan animator wanita tunggal di Animatch.

Tahniah diucapkan kepada pemenang.

Live arts, visualising dreams

Contacts

  Faculty of Film, Theatre & Animation
Puncak Perdana Campus, Universiti Teknologi MARA. 40150, Shah Alam Selangor Darul Ehsan Malaysia
  +603.7962.(ext. 2402/2414/2411/2410/2392)
  +603.7962.2405
  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Keep in Touch