'

Lawatan-rumah-amal-kasih-bestari-kg-melayu-subang-fita

SENYUM TERUKIR DI WAJAH ANAK-ANAK SYURGA BERSAMA PELAJAR FiTA

 

Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Barang siapa membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT,
maka baginya kebaikan kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap.
Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki,
maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini,
Rasulullah SAW mengisyaratkan mereng- gangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.”
(Hadis riwayat Ahmad)


Atas dasar penuh keperihatinan dan tanggungjawab, seramai 67 orang pelajar di bawah subjek Public Relations in Creative Industry telah memilih untuk melakukan kerja-kerja amal dan melibatkan anak-anak yatim di Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari, Kg Melayu Subang baru-baru ini sebagai sebahagian daripada projek subjek berkenaan.Pusat jagaan ini menampung kehidupan 25 orang anak yatim, miskin dan golongan asnaf zakat.

 

Lawatan-rumah-amal-kasih-bestari-kg-melayu-subang-fita1 

Di dalam program ini, pelajar memilih tagline ‘We Care We Love’ yang menyatakan kepekaan dan memupuk kesedaran dalam masyarakat. Program ini adalah di kelolakan seratus peratus oleh pelajar dengan dinasihati oleh pensyarah mereka, Puan Julina Binti Tajul Ariffin.
Lawatan-rumah-amal-kasih-bestari-kg-melayu-subang-fita6

Lawatan-rumah-amal-kasih-bestari-kg-melayu-subang-fita2

Program amal ini berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga jam 2.00 petang. Setiap pelajar FiTA telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk memastikan kelancaran program. Pelbagai aktiviti yang diraikan oleh pelajar FiTA bersama anak-anak yatim seperti gotong-royong, pertandingan mewarna, perkongsian bakat nyanyian dan tarian di rumah amal tersebut.
Lawatan-rumah-amal-kasih-bestari-kg-melayu-subang-fita5

Apa yang membanggakan adalah sumbangan dan kerjasama yang baik diperolehi daripada orang ramai terhadap program ini amat memberansangkan. Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari menerima sumbangan daripada fakulti berbentuk wang tunai dan keperluan asas bertujuan meringankan beban pihak pengurusan rumah amal. Dalam program ini juga, pihak Yakult, Cafe DulangMas dan Canggih Shoppe telah turut berbesar hati memberikan sumbangan bersama.

Pn-Julina-pensyarah

            Menerusi program ini juga, pelajar-pelajar FiTA memperoleh pelbagai pengalaman serta memahami tanggungjawab sebagai salah seorang anggota masyarakat prihatin dan mempunyai kesedaran serta keinsafan terhadap golongan yang hidup dalam kedaifan. Dengan mengaplikasikan teori-teori Perhubungan Awam yang dipelajari di dalam kelas, program terdedah sepenuhnya dengan apa yang dikatakan amalan perhubungan awam di dalam sebuah organisasi.


Disediakan oleh :
Ilya Insyirah Binti Mohd Isa (2013144613)
FF223 SKRIN
CTM563 Public Relation in Creative Industry
Pensyarah : Puan Julina Binti Tajul Ariffin

LAWATAN AKADEMIK:BANK NEGARA MALAYSIA, MUSEUM, ART GALLERY AND KNOWLEDGE MANAGEMENT CENTRE

 

Kuala Lumpur – Keterujaan pelajar Program Pengurusan Industri Kreatif (FF226), Fakulti Filem, Teater & Animasi dapat dilihat ketika berlangsungnya lawatan akademik di “Bank Negara Malaysia, Art Gallery and Konwledge Management Centre” yang bertempat di Sasana Kijang baru-baru ini. Lawatan yang diadakan pada 19 April 2016 ini dibuat demi memenuhi keperluan subjek CTM633 Pengurusan Koleksi. Tujuan utama para pelajar pergi ke bangunan yang berdiri megah ini adalah untuk meluaskan pengetahuan mengenai koleksi yang terdapat di situ, cara penjagaan serta pemulihan wang kertas dan syiling. Selain itu, lawatan ini juga memberi pendedahan mengenai polisi dan pengurusan kewangan.

Bank Negara “Museum and Art Gallery” ditubuhkan adalah untuk memberi peluang pengetahuan kepada orang awam secara informal disamping itu turut memberi peluang untuk mengenali dan mempelajari mengenai kepentingan ekonomi, perbankan islam dan perancangan kewangan bersama-sama Bank Negara yang memainkan peranan penting dalam membina kefahaman melalui transformasi polisi ekonomi pada masa akan datang. Galeri seni yang berada di tingkat 3 memaparkan koleksi-koleksi seni yang telah dibeli oleh Bank Negara dari Bumi Asia Tenggara dan Malaysia yang telah diperoleh sejak tahun 1962. Para pelajar dibawa berjalan dan melihat keseluruhan muzium Bank Negara tersebut dan program ini juga dikendalikan oleh pihak galeri Bank Negara iaitu Encik Nashruddin Azman dan Puan Julina Tajul Ariffin sebagai pensyarah pengiring.

Secara keseluruhannya, pengendalian lawatan kali ini banyak memberi maklumat dan ilmu baru kepada para pelajar, seterusnya menambah pemahaman yang lebih lanjut dari pembelajaran di dalam kelas Pengurusan Koleksi

Kumpulan Penganjur FiTAPRENUER'16 - Pelajar akhir semester 5 Diploma Pengurusan Industri Kreatif

FiTA Preneur ’16 merupakan sebuah program anjuran pelajar-pelajar Diploma Semester 5, Program Pengurusan Industri Kreatif, Fakulti Filem Teater dan Animasi (FiTA), UiTM Puncak Perdana. FiTA Preneur ’16 telah diadakan pada 8 Mac 2016 sehingga 13 Mac 2016 bertempat di Fakulti Filem, Teater dan Animasi, UiTM Puncak Perdana. FiTA Preneur ’16 bertemakan “Keusahawanan” iaitu selari dengan kehendak Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk mendidik dan melahirkan usahawan-usahawan muda yang berjaya dan bijak serta berdaya saing.

Live arts, visualising dreams

Contacts

  Faculty of Film, Theatre & Animation
Puncak Perdana Campus, Universiti Teknologi MARA. 40150, Shah Alam Selangor Darul Ehsan Malaysia
  +603.7962.(ext. 2402/2414/2411/2410/2392)
  +603.7962.2405
  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Keep in Touch