Balah Tuah merupakan sebuah filem pendek purba-metafiksyen, arahan Adam Taufiq Suharto, yang menyadurkan konsep cerita dari Hikayat Hang Tuah dan filem Stranger Than Fiction. Filem pendek ini pada awalnya dihasilkan untuk tayangan filem pendek komuniti Wayang Budiman sahaja, dan diikuti beberapa acara lain selepasnya; sinema Wayang Budiman@ FFM 30, acara tayangan Lipur Lara Purba anjuran Wayang Budiman dan Kelab Filem Muzik Melayu Klasik serta acara tayangan seleksi filem pendek sempena perasmian ruang kreatif Serambi Karya. Balah Tuah juga pernah dinominasikan ke Cefalu Film Festival, Italy 2019 tetapi tidak berjaya ke peringkat akhir. Namun, filem pendek ini tetap mara ke Short and Sweet Film Malaysia 2019 dan bertanding peringkat akhir pada 7-9 September ini di KLPAC pula. Terbaru, Balah Tuah dimaklumkan telah memenangi anugerah bagi seleksi ‘Malaysia Day’ untuk Kota Kinabalu International Fim Festival 2019. Tahniah dan sama-sama kita doakan kejayaan Balah Tuah.

Balah Tuah
Pengarah, Penulis, Editor: Adam Taufiq Suharto
Pengarah Fotografi: Amirul Rahman
Pengarah Seni: Eirsyad Qawiem, Sadiq M Jamil.
Pelakon: Naqib Aliff, Sadiq M Jamil.

 

Live arts, visualising dreams

Contacts

  Faculty of Film, Theatre & Animation
Puncak Perdana Campus, Universiti Teknologi MARA. 40150, Shah Alam Selangor Darul Ehsan Malaysia
  +603.7962.(ext. 2402/2414/2411/2410/2392)
  +603.7962.2405
  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Keep in Touch