DUA PELAJAR FITA MENANG PERTANDINGAN MENULIS ESEI 2016

 

DUA PELAJAR FITA MENANG PERTANDINGAN MENULIS ESEI 2016

 

Dua  pelajar daripada Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FITA) telah berjaya merangkul tempat pertama dan ketiga dalam Pertandingan Menulis Esei 2016 yang dianjurkan pada 7 Mac hingga 15 Mei 2016 yang lepas. Pertandingan ini dianjurkan oleh Pejabat Pengarah Pembangunan Pelajar, BHEP bertemakan "Membina Kemahiran Insaniah Global".

 

Dua pelajar berkenaan adalah MUHAMMAD ADIB BIN MOHAMAD dari Program Penulisan Kreatif yang memenangi tempat pertama, dan SITI SARAH BINTI SULAIMAN dari Program Skrin yang memenangi tempat ketiga.

 

Mentor untuk kedua-dua pelajar ini adalah Pensyarah Kanan Program Penulisan Kreatif, Encik Mohd Syuhaidi Abu Bakar.

 

Tahniah diucapkan!

BICARA LANGIT KEPADA AWAN


ABSTRAK

‘Wacana Puisi’ ialah satu program berbentuk bengkel hasil kerjasama antara pertubuhan ‘Bersama Terbitkan Antologi’ (BeTA) dan Jabatan Penulisan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) yang diadakan pada 13hb Mac, 2016 bersamaan hari Sabtu. Acara tersebut diaturkan di bawah pengelolaan Puan Nur Nafishah Binti Azmi, pensyarah di bawah jabatan berkenaan serta sepuluh orang pelajar semester lima, Diploma Penulisan Artistik (CT 112). Berikut ialah laporan penuh program tersebut.

LATAR BELAKANG

Program ‘Wacana Puisi’ merupakan usashasama pertama antara BeTA dan FiTA yang diadakan seiring dengan majlis penyerahan puisi para pelajar dan pensyarah untuk satu kolaborasi antologi bertajuk ‘Bicara Langit Kepada Awan’ terbitan BeTA. Program ini dikelola oleh Melor Shamsazila sebagai moderator dan dibahagikan kepada empat segmen berlainan. Konsep bengkel digunakan untuk pelajar berlainan dengan wacana yang selalu dianjurkan oleh FiTA yang berbentuk sama ada ceramah atau forum. Wacana ini dibimbing oleh beberapa orang penggiat aktif daripada BeTA.

PEMBIMBING:

  1. Dato’ Dr. Ibrahim Ghaffar
  2. Muhammad Asri Bin Mat Husin
  3. Shamsazila Binti Sa’aban
  4. Rohaiyah Binti Junin
  5. Ismail Bin Ahmed
  6. Ismail Bin Hashim
  7. Mazlinda Binti Mohd Nor

Pihak UiTM yang terlibat ialah warga daripada FiTA secara khususnya di bawah Jabatan Penulisan. Ahli Jawatankuasa yang bertanggungjawab memastikan kemaslahatan program merupakan sepuluh orang ahli yang menyertai antologi pertama kolaborasi BeTA dan FiTA, ‘Bicara Langit Kepada Awan’. Wacana Puisi yang julung-julung kalinya menampilkan kerjasama antara BeTA dan FiTA berjaya apabila pihak BeTA menawarkan 50 orang pelajar penulisan menghasilkan sepuluh  puisi setiap seorang dan akan dibukukan dengan tema “Suara dari Puncak”. Selain tiu, program ini sangat berjaya kerana menerima kunjungan daripada YBG. Dato’ Dr. Hassan Mad, ahli Kursi Raja-Raja Melayu, UiTM buat kali pertama ke FiTA. Program ini diharap menaikkan lagi nama fakulti selain memupuk satu pertalian profesional baharu yang dapat membantu meningkatkan kualiti pendidikan para pelajar FiTA.

           

WACANA SENI: SASTERAWAN NEGARA WANITA PERTAMA

‘DATO’ DR. ZURINAH HASSAN’

ABSTRAK

‘Wacana Seni: Sasterawan Negara Wanita Pertama ‘Dato’ Dr. Zurinah Hassan’ ialah satu program bual bicara yang merupakan projek penilaian akhir bagi subjek ‘Pemikiran dalam Bahasa (Thoughts in Language)’. Tanggungjawab ini diberi oleh pensyarah selaku penyelaras projek, Abdul Rahman Alhaj bin Hj. Ahmad Hanafiah @ Encik Wiramanja kepada pelajar semester lima, Diploma Penulisan Artistik (CT112), Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA). Program ini diadakan pada 24 Ogos, 2016 bersamaan hari Rabu di Dewan Seminar FiTA 1. Berikut ialah laporan penuh program tersebut.

LATAR BELAKANG

Program ‘Wacana Seni’ merupakan program mingguan yang telah diadakan di FiTA pada hari Rabu dengan menjemput ahli-ahli panel yang terpilih mengikut isu yang diutarakan. Pada 24 Ogos, 2016 yang lalu; sekali lagi ahli panel, Dato’ Dr. Zurinah Hassan dijemput untuk menghadiri program Wacana Seni yang diuruskan oleh pelajar Diploma Penulisan Artistik, semester akhir dan dikelola oleh Puan Nur Nafishah Azmi sebagai moderator acara.

Program ini memperkenalkan pelajar dengan Sasterawan Wanita Pertama Negara, secara lebih dekat dan santai dengan bertemakan ‘Melayu Tradisional’ serta susun atur dewan kami ialah semi-arena. Beliau pernah dijemput menghadiri program Wacana Seni pada tahun 2014 dan sebagai penghargaan untuk beliau kerana dianugerahi Sasterawan Wanita Pertama Negara baru-baru ini lalu, pihak kami menjemput beliau sekali lagi.

Setiap program mempunyai tulang belakang mereka, berikut merupakan senarai ahli jawatankuasa Wacana Seni: Sasterawan Negara Wanita Pertama yang terdiri daripada pensyarah dan juga pelajar akhir Diploma Penulisan Artistik yang dinilai.

LAPORAN ATURCARA

Majlis bermula dengan persembahan pembukaan daripada ensemble produksi Diploma Showcase: Teater Mahsuri oleh pelajar Teater semester lima diikuti promosi ringkas daripada pelajar terlibat daripada kursus Pengurusan Industri Kreatif semester lima.

            Sebelum persembahan pembukaan, montaj mengenai Dato’ Dr. Zurinah Hassan dimainkan. Montaj tersebut disediakan oleh Puan Melor Shamsazila, seorang lagi wakil BeTA. Usai persembahan pembukaan, wacana dimulakan. Segmen pertama diisi dengan latar belakang dan kisah hidup beliau sebelum menceburi bidang penulisan. Waktu selingan diisi dengan persembahan deklamasi sajak daripada pelajar Diploma Penulisan Artistik; Muhamad Ameer Isaac bin Azhar, Ameira binti Zainudin dan Diploma Teater semester 1; Mohd Asraf bin Johari.

Selesai persembahan selingan, program diteruskan lagi dengan segmen kedua iaitu sesi soal jawab. Beberapa orang pelajar dan pensyarah telah mengemukakan soalan-soalan yang bernas untuk beliau. Antaranya ialah; pendapat mengenai bangsa Melayu gagal melahirkan lebih ramai individu seperti Dato’ Lim Swee Tin, pendapat mengapa Sasterawan Wanita Pertama hanya muncul selepas 12 orang sasterawan lelaki diiktiraf sebagai sasterawan negara dan pandangan terhadap penulisan penulis-penulis muda dan penulis-penulis Indie yang sedang naik dalam industri.

Dato’ Dr. Zurinah Hassan juga dengan senang hati berseloka, bergurindam, bernazam dan melagukan puisi secara spontan sebelum berakhirnya sesi soal jawab. Penutup program wacana diserikan lagi dengan persembahan penutup daripada Dato’ Dr. Ibrahim Ghaffar dengan mendeklamasikan puisi khas buat Dato’ Dr. Zurinah Hassan. Selesai persembahan penutup, wacana diteruskan lagi dengan sesi bergambar dengan mengangkat kad dan poster ‘WORLD #QuranHour’ anjuran pihak BeTA untuk tujuan promosi yang telah diedarkan. Acara penyampaian cenderahati dari pihak FiTA kepada Dato’ Dr. Zurinah Hassan, Dato’ Dr. Ibrahim Ghaffar dan Puan Melor Shamsazila disampaikan oleh Ketua Pusat Pengajian (KPP) Penulisan Artistik, Encik Ibrahim Jamaluddin. Wacana akhirnya ditutup dengan sesi fotografi bersama ahli panel, wakil BeTA dan para pensyarah yang hadir.

KESIMPULAN

Sastera mempunyai jalur bidang yang luas iaitu penulisan dan persembahan. Gabungan penulisan dan persembahan (deklamasi) amat perlu dipraktikkan oleh pelajar. Pertemuan dengan Dato’ Dr. Zurinah Hassan dapat menjalinkan hubungan telus, mulus dari hati ke hati untuk menimba ilmunya, selain memberi kesempatan para pelajar mengenali beliau secara santai. Seseungguhnya, peluang keemasan ini jarang sekali diperolehi oleh penulis-penulis tanahair mendekati diri dengan beliau. Seterusnya, program ini sedikit sebanyak dapat menaikkan semangat pelajar-pelajar untuk menceburi bidang penulisan dengan lebih serius dan memahami karya dan persembahan.

Walaupun terdapat beberapa halangan seperti ahli panel tiba lewat, pihak VIP (wakil BeTA) secara saat-saat akhir ingin hadir dan slot khas untuk mereka, program Wacana Seni: Sasterawan Wanita Pertama Negara berjaya dilaksanakan dengan lancar. Tambahan lagi, sambutan daripada pensyarah dan pelajar juga agak memberangsangkan. Dato’ Dr.Zurinah Hassan sendiri amat berpuas hati dan terharu dengan program yang diadakan.

Live arts, visualising dreams

Contacts

  Faculty of Film, Theatre & Animation
Puncak Perdana Campus, Universiti Teknologi MARA. 40150, Shah Alam Selangor Darul Ehsan Malaysia
  +603.7962.(ext. 2402/2414/2411/2410/2392)
  +603.7962.2405
  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Keep in Touch